in

Dikenali Sebagai Tokoh Dunia Terulung, Namun Ramai Tak Tahu Perangai Pelik Para Genius Ini

Ft Tokoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ada tak perangai-perangai yang korang selalu buat, tapi orang rasakan benda tu pelik?

Jangan risau sebab bukan korang je yang ada perangai anehni, tokoh terkenal dunia pun tak terlepas daripada perlakuan ini.


Almaklumlah, kita ni kan manusia biasa je, mana boleh perfect kan. Harini min nak kongsikan dengan korang tokoh dunia berperangai pelik! Korang rasa siapa?

 

Pythagoras

Tokoh ini dikenali dengan keupaayaan dalam matematik dan falsafahnya.

Beliau juga dikenali sebagai antara individu pertama yang memperkenalkan diet menggunakan sayur-sayur (vegetarianism).

Tapi sebenarnya beliau cukup bencikan makanan dalam bentuk kekacang.

So, tidak dapat dipastikan sama ada Pythagoras memang suka sayur atau gunakan sayur untuk elakkan daripada kena makan kacang.

Capture 1 2

 

Cuma yang pasti kebenciannya itu begitu mendalam hingga dia melarang pengikutnya untuk makan atau sentuh sebarang kacang.

Lahh, kesian pengikut dia kot-kot la ada yang sukakan kacang, terpaksa ikut cakap Pythagoras.

 

Albert Einstein

Bila cakap mengenai Einstein mesti ramai terbayang rambut kembang dia kan?

Waktu kecilnya, Einstein dianggap sebagai slowlearner sehingga dia turut mengalami kesukaran untuk berkata-kata.

Tapi dia tak give up, Einstein jadikan kelemahan dia untuk menyoal banyak perkara sampai dia mampu ketengahkan teori kerelatifan.

Baguslah tu, cuma bila meningkat dewasa perangainya dikatakan semakin menjadi-jadi.

Capture

Trademark rambut kembang dia tu, memang sengaja dibiarkan panjang selain tidak menggunakan stokin sebab dirasakan tidak perlu.

Tak melecet ke kaki tu En. Einstein?

Tapi tu bukan the worst part, menurut pemandu kepada tokoh ini, Einstein pernah dilihat makan belalang hidup-hidup!

Entah apa lagi lah binatang yang di makan hidup-hidup…

 

Honoré de Balzac

Penghasilan karya sama ada dari segi penulisan, muzik atau lukisan sentiasa memerlukan inspirasi, atau sekurang-kurang ‘inspirasi’ untuk membuat ahli karyanya sentiasa berjaga.

Walaupun tidak begitu dikenali namun, karya Balzac begitu diraikan oleh penduduk Perancis seperti La Comédie Humaine.

Namun disebalik penulisan karya yang mendapat sambutan hangat itu, beliau mempunyai tabiat yang dianggap agak merbahaya.

Capture 2 1

Balzac dikatakan minum sebanyak 50 cawan kopi setiap hari!

Mak aih siapa tukang bancuh tu lenguh la tangan dia…

Bukan tu saja, Balzac juga dikatakan bekerja selama 48 jam dengan 3 jam tidur, so memang dia bergantung dekat kopi untuk dia teruskan kerja dia. Korang sanggup ke?

Teringat min masa study dulu, macam ni lah. Tapi tak juga keluarkan novel, hmmm.

 

Charles Dickens

Min ingat dulu tak tidur malam sebab kena research pasal novel Dickens ni.

Karya yang dihasilkan oleh Dickens antara yang terbaik dan disukai ramai. Seperti tokoh-tokoh lain, Dickens juga ada kelakuan yang dianggap aneh.

Beliau bukan saja perfectionist  terhadap karyanya, tapi juga kepada dirinya.

Dickens dikatakan tidak suka melihat rambutnya berada dalam keadaan tidak terurus, dan dia akan menyikatkannya berulang kali sepanjang hari.

Selain itu, Dickens juga akan menyemak tugasan yang dilakukan oleh pembantunya dengan membaca ayat yang sama berulang kali.

Perlakuan anehnya ini menyebabkan segelintir ramai beranggapan bahawa dia menghidapi kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD).

So tak hairan la kenapa dia berkelakuan macam tu…

Capture 3

Dickens juga dikatakan suka melihat meja kerjanya dipenuhi dengan sebuah pasu bunga kecil, sebilah pisau, sehelai kertas besar,serta patung katak diperbuat daripada gangsa.

Agak-agaknya jadi apa eh kalau tukar barang-barang atas meja tu?

So korang yang ada perangai pelik jangan la risau, mana tahu satu hari korang berjaya pula macam tokoh-tokoh ni?

Sumber indy100

 

Baca : Perangkap Si Tampan! Ini Kisah 4 Pembunuh Bersiri Yang Gunakan Wajah Untuk Perangkap Mangsa

Capture 12

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.