Semua manusia dilahirkan tidak sempurna pasti akan ada kelemahan tersendiri, kalau bukan di fizikal bukan dari aspek lain. Usahlah jadikan ia sebagai satu bahan lawak kerana ia hanya menjatuhkan orang saja.
Biarpun berbadan besar Nazrin Ibrahim memiliki bakat yang belum tentu ada pada mereka yang berbadan kurus, boleh menari dengan bagus, lincah dan bertenaga. Tapi, biasalah ada je orang yang pasti nak jatuhkan dia kerana fizikalnya itu.
Nobody can drag me down! – Nazrin
https://twitter.com/nazrinibrahims/status/1111176685607542785
Nazrin diundang ke sebuah rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 baru-baru ini, dia menunjukkan bakatnya menari lagu korea kumpulan Blackpink ddu du ddu du.
Disebabkan itu, video itu viral di media sosial. Macam biasalah, ada segelintir orang pasti akan jadikan ia sebagai lawak. Maklumlah badan besar menari.
Bukan itu sahaja ramai lagi pengguna Twitter yang muat naik video tersebut dengan niat nak troll pemuda berbakat ini.
Biarpun sudah diarahkan padam oleh tuan empunya badan mereka enggan mematuhinya. Ketagih RT kot.
Delete this please. That's me 🙂 Before I kena kecam, please delete.
— Nazrin Ibrahim (@nazrinibrahims) March 28, 2019
Namun begitu, admin betul-betul salute dengan dia kerana ia langsung tak menjejaskan dia punya self esteem.
Malah masih ramai netizen yang back up dia dengan memberikan sokongan moral biarpun masih ada netizen lain yang troll dia.
At least self confidence dia tinggi – Netizen
Hrmmm, tak apa admin berpihak pada awak, teruskan confient tu dan banyakkan menari, manalah tau dengan menari tu awak boleh kurus? Mudah-mudahan…