in

“Depan mata saya Aqeef diseret 20 meter jauhnya” – Sambutan Hari Raya Bertukar Duka, Wanita Saksi Anak Kecil Parah Dilanggar Lori

Lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang dapat menyangka dalam kita seronok menyambut Hari Raya dan pergi ke open house sana sini, seorang budak terlibat dalam kemalangan yang tak dijangka-jangka dan mengerikan!


Menerusi perkongsian Anita Mohammad di Facebook, dia hampir trauma setelah menyaksikan kemalangan melibatkan seorang budak sekolah darjah 3 berlaku di depan mata! Allahuakbar…

 

“Dia terus berlari melintas jalan macam tu je dannnn lori pon sampai terus merempuh anak kecil tu. Allahu Aqeefffff” 

Menurut Anita, semuanya bermula apabila sekolah agama anaknya telah mengadakan majlis sambutan hari raya.

Dia yang mengambil anaknya pada hari itu telah melihat seorang kanak-kanak ingin melintas jalan. Malang bagi kanak-kanak itu, sebuah lori telah merempuhnya di depan mata Anita tanpa dia mampu berbuat apa-apa! 

Aqeef 1
sumber: facebook

 

“Didepan mata saya Aqeef diseret sejauh 20 meter jauhnya dan berguling-guling di bawah lori” 

Aqeef 2

64818441 2245565225511622 5330634823331479552 N
sumber: facebook
64769002 2245585925509552 2358452299845599232 N
sumber: facebook

 

“Aqeef baru saja kehilangan ibunya sebelum puasa hari tu akibat breast cancer” 

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, admin tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan bapanya apabila perkara macam ni menimpa Aqeef. Menurut Anita, anak kecil ni juga baru saja kehilangan ibunya akibat penyakit kanser dan sejak dari itu anak ni sering nak ke kubur ibunya sebab rindu. Allah…

Aqeef 3

65218782 2245565368844941 7640242534588874752 N

65109952 2245565412178270 1423432860034924544 N
sumber: facebook

 

“Aqeef disemadikan bersebelahan kubur ibunya”

Menerusi update terkini Anita, adik Aqeef sudah pun meninggal dunia pada 22 Jun lepas dan mayatnya telah disemadikan bersebelahan dengan kubur arwah ibunya. Doa admin semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Aqeef berada di tempat yang baik sekarang.

Alhamdulillah.adik aqeef selamat disemadikan jam 10.30am td.dr pg hujan renyai seolah menangisi sama.selesai shja kebumi…

Posted by Anita Mohammad on Friday, June 21, 2019

Al fatihah buat adik Aqeef… 

Baca: “Sayu lihat wajah ayah adik ni” – Budak Perempuan Koma Akibat Kemalangan Mohon Bantuan, Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah

Anak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.