in

“Sayu lihat wajah ayah adik ni” – Budak Perempuan Koma Akibat Kemalangan Mohon Bantuan, Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah

Maisarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pedih hati admin sebaik membaca posting yang viral di media sosial, mengenai seorang budak perempuan yang koma akibat kemalangan yang dialaminya baru-baru ni.

Menurut perkongsian di Facebook tersebut, gadis bernama Siti Maisarah ni telah mengalami kemalangan di depan Econsave Simpang Renggam beberapa hari lalu bersama ibunya. Akibat daripada kemalangan itu, Adik Maisarah ini katanya telah mengalami koma dan sedang dirawat di hospital.


 

“Mama budak yang kemalangan tu kan satu sekolah dengan kita, dia selalu kena buli. Orang semua tak nak kawan dengan dia” 

Menurut anak kepada wanita yang memviralkan kisah ni, Maisarah merupakan pelajar di sekolahnya dan lebih menyedihkan, budak ni selalu dibuli disebabkan dia sering memakai baju yang buruk. Allahu… tak ada benda lain ke budak-budak ni nak buat. 

Adik 1

61186985 863067554027310 6045795144957952000 N
sumber: facebook

 

“Semoga adik cepat sembuh… sayu hati tengok wajah ayah adik ni” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ni merasa sedih melihat keadaan adik tersebut dan bapanya yang nampak uzur dan sayu. Moga-moga Maisarah cepat sembuhlah ye.

Sayu
sumber: facebook

 

“Alhamdulillah Adik Maisarah ni dah sedar dari koma. Mak dia patah kaki dan doktor nak masuk besi” 

Walau bagaimanapun, menerusi info terbaru di Facebook, Maisarah kini sudah sedar daripada koma dan dalam pemantauan doktor. Manakala ibunya yang juga terlibat dalam kemalangan tu hanya alami patah kaki. Tambah sumber, doktor akan buat pembedahan masukkan besi dalam masa terdekat.

Cumanya buat masa ni tiada waris yang boleh menjaga mereka di hospital dan bapa Maisarah yang uzur ni pun perlukan bantuan. Jadi kalau korang nak hulurkan bantuan kewangan, boleh je tengok nombor account di bawah. 

Mai Sa 1

61232447 2139327759497123 8864242986280550400 N
sumber: facebook

Sama-samalah kita membantu keluarga yang memerlukan ni di bulan Ramadan yang mulia.

Baca: “Orang tak bersyukur macam ni lah” – Netizen Minta Jangan Hentam Institusi Zakat, Ramai Yang Dah Terima Bantuan Sampai RM60k Tapi…

Terlupa Ke Awak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.