in

“Darah yang menitik dalam bilik bedah adalah darah syahid” – Safiey Illias Buang Semula Implan Silikon

Buang Silikon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai yang familiar dengan nama Safiey Illias lepas satu ketika dulu terkenal oleh kerana kisah penghijrahannya dari mak nyah ke lelaki.


Namun entah apa yang berlaku, Safiey tiba-tiba dikatakan tersasar arah dan kini katanya ingin kembali semula ke pangkal jalan.

Sapi
sumber: instagram

Demi membuktikan dirinya betul-betul ingin berubah menjadi lelaki semula, Safiey atau dikenali sebagai Syinta ini memuat naik posting terbaru di Instagram yang mengesahkan dia sudah membuang implan silikon di dada. 

 

“Baru selesai buang implan silicone. Ayah suruh. Saya turuti” 

Menerusi beberapa siri posting di Instagram, awal pagi ini Safiey ada memuat naik post yang mengatakan dia bakal menjalani satu pembedahan di Hospital Kuala Lumpur. 

Pembedahan
sumber: instagram

Pagi semua. Mengira detik sebelum pembedahan.”

Selesai
sumber: instagram

Selesai. Alhamdulillah.”

Tak lama selepas itu, Safiey menjelaskan bahawa dia baru selesai membuang implan silikon di dada. Menurutnya, ia adalah permintaan ayah Safiey sendiri dan dia redha demi ibu bapanya.

Sakit 1
sumber: instagram

“Alhamdulillah. Maaf mgkin jrg update baru selesai buang implan silicone. Ayah suruh. Saya turuti. Sbb saya fikir esok mati mcm mana. Saya buat demi redha Allah dan mak ayah.

“Kwn ada juga yg halang, tp nnti di akhirat saya yg kene jawab bkn kwn saya. Saya xboleh nk tulis panjang2 sbb sakit. Semoga stiap darah yg menitik semasa di bilik bedah adalah darah syahid. Amin. Doakan saya cpt sembuh. Sakit longlai. Bdn lemah. Salam MAAL HIJRAH yg akan dtg x lama lagi.” 

“Alhamdulillah… teruskan istiqomah ye Safiey. Jangan pasang balik ye”

Rata-rata netizen di Instagram memberi kata-kata semangat buat Safiey akan terus diberikan kekuatan untuk berubah dan istiqamah dalam hijrah yang sedang dilakukannya.

Fisabilliah
sumber: instagram

Apa-apapun admin mendoakan semoga Safiey teruskan kuatkan semangat dan abaikan kata-kata nista orang tu. 

Baca: “Inilah PENGORBANAN saya yang sgt besar” – Safiey Illias Tunai Janji Pada Mak Ayah, Pakai Baju Lelaki Sempena Hari Raya Qurban

Sapi Ilias

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.