in

“Dalam penjara bagi makan ikan masin!” – Pelakon Indo Dihukum Penjara Hina Kemaluan Bekas Isteri ‘Bau Ikan Masin’

Galih Penjara

Pada Julai 2019, pelakon Indonesia Galih Ginanjar telah membuat kenyataan yang menghina bekas isterinya, Fairuz A Rafiq dengan mengatakan kemaluannya berbau seperti ikan masin.

Dalam sebuah rancangan di Youtube, Galih ditemu bual oleh Rey Utami dan Pablo dan ketika itu tanpa rasa malu dia membuka aib dengan menceritakan ‘hal dalam selimut’. Antara isu yang dikatakan Galih adalah hubungan seks mereka berdua ketika masih bergelar suami isteri hanya bertahan selama 15 minit sahaja.

Disebabkan itu, video tersebut viral dan Fairuz bersama suaminya kini, Sonny Septian telah bertindak memfailkan saman ke atas bekas suami kerana telah menjatuhkan maruahnya.

Anak Fairuz dan Galih bernama King Faaz juga turut terkena tempias apabila dia menjadi mangsa buli di sekolah kerana kisah ibu bapanya viral di internet.

Galih3

Terkini, kes perbicaraan itu akhirnya pun tamat dan Mahkamah Jakarta Selatan, Indonesia telah menjatuhkan hukuman kepada Galih serta dua Youtuber tersebut.

Menurut laporan Kompas, Galih telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan manakala Rey Tami dan Pablo masing-masing menerima hukuman penjara setahun empat bulan dan setahun lapan bulan.

Galih3

Galih4

Galih5

Melalui Instagram, Fairuz telah membuat ucapan khas berhubung kes tersebut dan berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini telah memberinya sokongan sepanjang dia berdepan dengan episod memalukan itu.

Bagus pun kena hukum, mulut lantang sangat! Terimalah akibatnya…

Baca: “Tak pasal anak pun terbabit” – Anak Kena Buli Dekat Sekolah Sebab Bapa Cakap Kemaluan Ibu Bau Ikan Masin

Bau Ikan Masin

Sumber: Kompas
Sumber: Warta Kota
Sumber: Tribun
Sumber: Tribun