in

COMEL! [VIDEO] Parodi Lagu ‘Peluang Kedua’ Gandingan Dua Anak Kecil, Naura Dan Adam Tambat Hati Netizen

Bb 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu ‘Peluang Kedua’ nyanyian Nabila Razali seakan menjadi fenomena dalam industri hiburan tempatan sejak akhir-akhir ini.


Walaupun menerima pelbagai kritikan dari netizen, namun sambutan terhadap lagu ini tidak boleh disangkal lagi apabila muzik video lagu itu sehingga kini telah mendapat lebih 11 juta tontonan dalam masa sebulan.

Gandingan Nabila Razali bersama MK K-Clique dalam muzik video tersebut turut menjadi buah mulut netizen sehingga ada pihak yang membuat parodi lagu ini dengan menggandingkan dua orang kanak-kanak yang comel.

Parodi ini mula tular selepas @JabirMfth muatnaik di twitternya sehingga meraih lebih 12k likes.

Dalam video parodi lagu ‘Peluang Kedua’ yang dihasilkan oleh Mask Team, mereka menampilkan Naura Boniey dan Adam Ghadafi yang masing-masing memainkan watak sebagai Nabila Razali dan MK K-Clique.

Naura Boniey yang sebelum ini pernah tular dengan rupa parasnya yang dikatakan mirip Neelofa membuatkan parodi ini mendapat sambutan yang luar biasa.

Video parodi yang dikeluarkan semalam di twitter telah mendapat lebih 100 ribu tontonan kurang dari 24 jam. Wow!

Antara babak menarik yang diparodikan adalah apabila Adam membaca buku ‘Koleksi Simpulan Bahasa’ ketika minum petang dan babak tangisan Naura pada penghujung video yang berjaya memukau penonton.

B3 3 B4 1

Ramai netizen yang jatuh cinta dengan parodi tersebut. Rata-rata memuji kreativiti penghasilan video dan kualiti lakonan kanak-kanak tersebut.

B B2

 

Korang pergi laa usha dekat YouTube. Min pon tersengih je tengok MV ni. Bila la min nak ada peneman hidup. 

 

Baca: “Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang, mesti ada satu dua bahagian yang sedap” – Nabila Razali

B10

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.