in

“Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli” – Ajai Dedah Kalau Boleh Nak Bagi Markah 0

Ajai2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehubungan dengan rasa tak puas hati netizen terhadap kritikan tegas Ajai terhadap Hafiz Zainal dalam minggu pertama konsert Big Stage 2020 (BS2020), Ajai yang memainkan peranan sebagai juri tetap menegaskan bahawa sepatutnya bintang Hafiz Zainal layak mendapat markah kosong kerana menyanyikan lagu dengan sumbang.


Katanya lagi menerusi Astro Gempak, Ajai melihat perkara tersebut kepada pekak nada dan ia satu masalah besar bagi seorang penyanyi.

Kalau kita pergi exam tu, salah sikit je katakan out of tune, anda akan gagal semuanya.”

Tegasya lagi, tujuan dia melakukan perkara sedemikian ada untuk memberikan pengajaran. Malah, katanya lagi dia tak nak cakap pekak nada sebab kadang-kadang ketakutan di atas pentas boleh menjejaskan keseluruhan persembahan.

“Jadi, too bad benda tu terjadi pada dia hari ini. Mungkin minggu depan dia akan belajar. Why not dari zero kepada hero?.”

Tambahnya, markah kosong itu tidak perlu dijadikan sebagai sesuatu perkara yang menjatuhkan kerana ia pemberi semangat kepada Hafiz Zainal dan pemangkin untuk buktikan bahawa Hafiz Zainal buktikan bahawa dia bukan pekak nada dalam konsert minggu depan.

Sebelum kecaman di media sosial berlaku lagi, pada malam selepas konsert minggu pertama itu lagi telah menjelaskan bahawa dia tidak kisah jika netizen akan membencinya kerana niat asalnya adalah untuk memberikan ilmu yang betul kepada semua peserta.

 

Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli.”

Tambahnya mereka yang mengecam dirinya itu mungkin peminat setia.

“Yang bercakap-cakap tu mungkin peminat setia tetapi tugas saya adalah untuk memperbaiki penyanyi-penyanyi yang anda semua suka ni untuk dia menjadi betul,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu saluran YouTube MyBuzz ada menunjukkan Ajai ada bersemuka dengan Haifz Zainal dan memberi sokongan moral untuk terus bangkit dengan teguran yang diberikan ketika konsert sedang berlangsung.

 

No heart feeling ya” – Ajai

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Baca : “Takkan 2 peratus je?” – Netizen Tak Puas Hati Dengan Cara Penilaian Ajai Di Big Stage 2020

Ajai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.