in

“Boleh bayangkan tak? Ini bapa dan suami orang” – Lelaki Ini Bantu Pakcik Sesat 3 Hari Di KL Lepas Dirompak & Ditipu Konon Dapat Kerja

Pakcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin dah tak tahu nak cakap apa lagi. Mereka yang tergamak buat perkara kejam ini pada seorang pakcik yang miskin dalam kesusahan memang tak ada hati perut langsung!


Menerusi perkongsian di Facebook oleh netizen bernama Darshan Balakrishnan, dia menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang pakcik bernama Ravi yang dalam kesusahan. 

 

“Saya nak keluarkan wang dari ATM apabila seorang pakcik yang berada di depan saya kalih ke belakang dan berkata dia tak dapat lihat dengan betul…” 

Menurut Darshan, semuanya bermula apabila dia ingin mengeluarkan wang dari ATM sebelum dia ditegur oleh seorang pakcik di hadapannya yang meminta bantuan untuk mengisi details pada skrin ATM.

Dia tanpa memikirkan apa-apa cuba membantu warga emas tersebut sebelum mengetahui yang nilai wang ingin dikeluarkan pakcik tersebut tak mencukupi. Nak keluarkan RM50 tapi dalam bank ada RM10 saja?

“Saya nak keluarkan wang dari ATM apabila seorang pakcik yang berada di depan saya kalih ke belakang dan berkata dia tak dapat lihat dengan betul dan dia minta saya isi details kad ATM untuknya. 

“Dia minta saya keluarkan RM50 daripada akaun tapi wang yang dia ada di dalamnya hanyalah RM10 saja. Dia nampak penat dan saya rasa bersalah jadi saya tanya dia untuk apa wang itu diperlukan. 

“Dia kemudian menjawab yang dia nak gunakannya untuk pulang ke Ipoh dan ada seseorang yang dah masukkan wang tersebut ke dalam banknya supaya dia boleh pulang. Dia siap tunjukkan resit tapi sejujurnya memang wang itu tak ada pun di dalam akaunnya.” 

51820012 1940114652753719 3421965951287951360 N
sumber: facebook

 

“Dia dijanjikan pekerjaan sebagai security guard tapi duit dan barangnya dicuri orang yang nak tawarkannya kerja…” 

Lebih menyedihkan, lelaki ni bukan je tak ada wang tapi dia sebenarnya telah ditipu seseorang yang kononnya menjanjikan kerja sebagai security guard di KL. Lelaki penipu itu telah mencuri wangnya dan barang-barang milik Ravi.

Akibat dari kejadian itu, Ravi telah sesat di KL selama 3 hari. Kasihan dengan nasib lelaki itu, Darshan akhirnya memberikan Ravi sedikit wang, air botol dan belikan mangsa tiket LRT untuk ke Pasar Seni supaya dia boleh mengambil bas pulang ke Ipoh. Alahai siannya kat pakcik ni… 

51854102 1940114949420356 5694014834966790144 N
sumber: facebook

 

“Saya harap dan berdoa dia dapat pulang rumah dengan selamat. Kalau nampak warga emas dalam kesusahan seperti ini tolonglah bantu mereka” 

Sama seperti Darshan, admin tak dapat membayangkan apalah yang akan terjadi kepada pakcik ni kalau tak ada orang yang membantu mereka. Uncle Ravi ni seorang suami dan ayah kepada seseorang. Tak salah kalau kita hulurkan tangan untuk bantu mereka.

“Saya harap dan berdoa dia dapat pulang ke rumah dengan selamat. Banyak yang kita perlu lakukan untuk menjaga dan membantu warga emas di Malaysia.

“Kalau nampak warga emas dalam kesusahan seperti ini tolonglah bantu mereka, banyak lagi orang macam Mr Ravi ni yang telah ditipu dan ditinggalkan hidup bergelandangan macam ni. Mereka perlu dibantu dan hanya kita yang boleh mengubahnya,” kata Darshan.

Berikut antara komen netizen yang memberi pujian atas sikap prihatin Darshan kepada Uncle Ravi tersebut.

Baik Saja
sumber: facebook

Semoga kisah ini jadi inspirasi buat semua! 

Baca: Warga Emas Tolong Lelaki Tak Cukup Duit Dengan Cara ‘Halus’ Ni Jadi Inspirasi

Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.