in

“Boikotlah hiburan yang melampau” – PU Syed Buat Teguran Terbuka Pasal MV Terbaru Dolla

Ft Pu Syed Dolla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas beberapa hari video muzik terbaru Dolla dengan lagu Damelo dimuat naik di saluran YouTube dan meraih 436K jumlah tontonan, ia telah membuatkan pendakwah PU Syed rasa terpanggil untuk membuat teguran secara terbuka.

Teguran itu dibuat selepas dia menerima mesej daripada netizen terhadap pandangannya tentang pemakaian anggota kumpulan itu dalam muzik video tersebut.


 

Boikot perkara munkar – PU Syed

Screenshot 2023 08 08 163838

Dalam perkongsiannya menerusi Instagram, PU Syed ada membuat pencarian Google mengenai ahli anggota kumpulan tersebut mendapati bahawa  2 daripada 4 anggotanya beragama Islam.

Dalam pada itu, PU Syed turut mempertikaikan pemantauan pihak berkuasa mengenai garis panduan pemakaian yang khasnya buat umat Islam, jelasnya penguatkuasaannya agak lemah.

“Apa yang menyedihkan peraturan dan undang-undang seolah-olah telah dibakul sampahkan, sedangkan setiap negeri mempunyai enakmen sendiri dalam isu pemakaian serta khasnya buat yang mencemarkan imej Islam.”

Jelasnya sebagai asatizah, dia tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada mencegah umat Islam daripada terus hanyut dalam hiburan yang tidak kenal batas halal dan haram.

Dalam pada itu, PU Syed juga menyatakan bahawa pihak berkuasa dianggap lemah dalam menangani isu seumpama ini. Disebabkan itu. Beliau menggesa orang ramai agar terus boikot hiburan yang melampau seperti ini.

Baca : Baby Shima Saman PU Syed Atas Tuduhan Memfitnah

Ft Baby Shima Saman Pu Syed

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.