in

Black Dahlia & The Zodiac Antara 5 Kes Pembunuhan Bersiri Dimana Suspek Masih Bebas Sampai Sekarang

Pembunuh Bersiri Misteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita baca di media, kadang-kadang ni motif seseorang individu itu membunuh dan mencederakan orang lain sangat tak masuk akal. Ada yang membunuh sebab ia dapat menaikkan nafsu dan ada juga yang membunuh sebab saja-saja.


Kali ini, min nak kongsikan tentang lima kes pembunuhan bersiri yang sampai sekarang suspeknya masih belum ditangkap. Sesetengah daripada kes yang dalam senarai ini sudah dijadikan filem yang menampilkan beberapa pelakon Hollywood dikenali.

1. The Zodiac Killer

Maxresdefault E1648968640810

Korang pernah tengok filem Zodiac lakonan Jake Gyllenhaal, Mark Ruffalo dan Robert Downey Jr? Kalau pernah, mesti kisah The Zodiac Killer ni tak perlu diperkenalkan lagi.

Dianggap sebagai salah satu kes jenayah paling complicated dalam sejarah, pembunuh yang menggunakan gelaran Zodiac telah membunuh sekurang-kurangnya lima orang pada sekitar lewat tahun 60an hingga awal 70an.

Langsung tak pernah disabitkan atas mana-mana jenayahnya, Zodiac selalu menghantar surat kepada beberapa surat khabar dan menyatakan dia akan memberitahu tentang jenayah yang akan dilakukannya menerusi satu mesej kod yang rumit.

Unsolved Murders 768X410 1 E1648968665316

Menerusi beberapa mesej yang berjaya dirungkai, polis San Francisco mengesahkan terdapat lima kes pembunuhan misteri yang mungkin dilakukan oleh Zodiac. Pun begitu, surat daripada pembunuh bersiri ini berhenti secara tiba-tiba pada tahun 1974. Mesej terakhir yang diterima pihak berkuasa adalah berupa skor

“Saya = 37, SFPD (San Francisco Police Department) = 0.”

Lebih 2,500 suspek telah disiasat berhubung kes ini namun begitu, identiti sebenar Zodiac masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

2. The Phantom Killer of Texarkana

Morris Lane Texarkana E1648968511369

Sekitar bulan Februari dan Mei 1946, daerah Texarkana dikejutkan dengan beberapa siri serangan yang membawa kepada kematian lima individu manakala mengakibatkan tiga yang lain cedera.

Digelar The Phantom Killer, pembunuh yang identitinya hingga kini masih belum dikenal pasti menyasarkan pasangan kekasih di dalam kereta pada waktu malam di jalan sunyi. Kebiasaannya, si lelaki akan dipukul atau dibunuh terlebih dahulu manakala pasangan mereka akan disuruh lari sebelum dikejar dan dirogol.

Booker Martin Murder E1648968573842

Serangan pertama dilaporkan berlaku pada 22 Februari 1946 membabitkan sepasang kekasih. Walaupun si lelaki dipukul dengan objek tumpul dan pasangannya diserang secara seksual, kedua-dua mereka difahamkan tidak dibunuh. Mangsa menggambarkan suspek seolah-olah memakai sarung bantal atau guni di atas kepala yang sudah dipotong bagi membolehkan suspek melihat dengan mudah.

Phantom Killer membunuh dua mangsanya yang pertama pada Mac tahun sama sebelum membunuh tiga yang lain pada April dan awal Mei.

3. The Babysitter / Oakland County Child Killer

Dfgb2Offsbbqzo2Tqut4C7Stfy E1648968246430

Menyasarkan kanak-kanak, pembunuh digelar The Babysitter ini aktif melakukan jenayahnya antara tahun 1976 hingga 1977 di tenggara Michigan, Amerika Syarikat. Pembunuh ini difahamkan akan mengurung mangsanya selama beberapa hari atau beberapa minggu dan akan merogol sebelum membunuh mereka. Mayat mereka pula akan dibiarkan bergelimpangan di atas salji dalam beberapa posisi berbeza.

Seramai empat orang kanak-kanak berusia lingkungan 10 hingga 12 tahun disahkan menjadi mangsa kepada The Babysitter. Pun begitu, terdapat tiga kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak lain yang dijangka turut dilakukan oleh pembunuh sama.

The Babysitter E1648967906662

Mangsa terakhir The Babysitter membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikenali sebagai Timothy King. Dilaporkan hilang pada 16 Mac 1977, mayat King ditemukan di dalam longkang seminggu kemudian. Siasatan polis mendedahkan, King meninggal dunia kerana dicekik dan mangsa juga telah diserang secara seksual.

Sehingga kini, identiti The Babysitter masih belum diketahui.

4. Black Dahlia Murder

Gettyimages 56716874 259B5095 63Da 406B 918A 91A34Abc4B2B E1648967789979

Mungkin tak ramai yang kenal dengan nama Elizabeth Short, tapi bila Black Dahlia disebut, pasti peminat kisah jenayah luar negara sudah tahu tentang ceritanya.

Berusia 22 tahun ketika kematiannya, Elizabeth Short ditemukan dalam keadaan mengerikan dimana badannya dibelah dua dan mukanya dikelar di bahagian bibir membentuk satu senyuman digelar ‘Glasgow Smile’.

Disebabkan mayat Elizabeth Short dipotong dengan begitu baik, polis mengesyaki pembunuhnya pasti mempunyai latar belakang penyembelihan atau pembedahan. Walaupun sekitar 60 orang mengaku merupakan pembunuh sebenar Elizabeth Short, tiada tangkapan dibuat susulan tiada bukti kukuh.

5. I-70 Killer

I 70 Sketches E1648967629279

Boleh dikatakan sebagai antara pembunuh yang careless sebab berani tembak mangsanya di kawasan terbuka pada waktu pagi selain pernah mengalami kerosakan pada senjata semasa nak bunuh mangsanya, pembunuh I-70 menyasarkan wanita yang bekerja seorang diri di sebuah pejabat atau perniagaan kecil.

Mendapat namanya dari lebuh raya I-70 yang berdekatan, pembunuh ini telah meragut nyawa enam orang termasuklah seorang lelaki berambut panjang.

Walaupun jenayah yang dilakukannya nampak amatur dan ada beberapa saksi yang pernah terlihat wajahnya, pembunuh I-70 masih bebas.

Queer Crime The Double Life Of Herb Baumeister 2 E1648967713132

Apa yang menarik sepanjang penyiasatan kes pembunuhan I-70 ini, polis ada menahan seorang suspek bernama Herb Baumeister kerana wajahnya hampir serupa dengan lakaran wajah suspek yang diberikan saksi. Rupanya Herb Baumeister ni memang merupakan seorang pembunuh bersiri yang dicari kerana dia didapati bersalah membunuh ramai lelaki homoseksual.

Siasatan polis telah menemukan sebanyak 11 mayat lelaki yang ditanam di kawasan rumah Baumeister. Pun begitu, Baumeister digugurkan daripada senarai suspek pembunuh I-70 kerana tiada langsung rangka atau mayat wanita ditemukan di rumah Baumeister.

Sumber: ATI

Baca: Mia Zapata: Misteri Pembunuhan Vokalis Band Punk Tahun 1993, Lepas 10 Tahun Baru Dapat Tangkap Pembunuh

Mia Katherine Zapata E1648958252196

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.