in

Bintang Liverpool Mo Salah Disahkan Positif Covid-19

1Salah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat sukan bola sepak terutamanya kelab Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool, nama Mo Salah pastinya tidak asing lagi untuk mereka. Tapi ada satu berita yang admin nak share dengan korang sikit ni pasal Mo Salah.


Mo Salah atau nama sebenarnya Mohamed Salah telah disahkan positif Covid-19 sejurus pulang ke Mesir baru-baru ini. Menurut Harian Metro yang memetik sumber Persatuan Bola Sepak Mesir, Salah telah disahkan positif Covid-19 tanpa sebarang gejala.

Screenshot 2020 11 14 At 12.07.45 Pm

Perkembangan terkini itu sudah pasti merisaukan Liverpool selepas mereka berdepan krisis kecederaan pemain. Pemain utama pasukan itu menjadi bintang terbaru Reds yang dijangkiti virus selepas Sadio Mane, Thiago Alcantara dan Xherdan Shaqiri.

Untuk peminat Liverpool, relaks dulu, kita bagi ruang untuk Salah berehat. Nanti dah sihat tu boleh main balik. Yang mana letak Salah dalam fantasy tu boleh update team dah kot. 

 

Baca: “Awak role model untuk Islam!” – Pemain Bola Sepak Mo Salah Dikecam Kerana Berpelukan Dengan Model Di Majalah

Screenshot 2020 11 14 At 12.14.17 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.