in

“Binatang pun tahu sayang anak” – [VIDEO] Lelaki Pijak, Terajang & Cekik 2 Anak Masih Kecil Kerana Cemburu?

Collage 19

Semalam, tular satu video menunjukkan dua kanak-kanak menangis kerana didera oleh seorang lelaki.

Dalam video berdurasi dua minit ini, dapat dilihat dua kanak-kanak masih kecil ini telah dipijak, disepak dan dicekik menggunakan kaki sebelum diugut dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki yang dipercayai bapa kandung mereka sendiri.

Anak siapa kau ini? Bunuh kau dua-duanya!”

Screenshot 2021 04 14 At 12.01.15 Pm

Video tular ini dikatakan telah dimuat naik oleh seorang wanita di Facebook sebelum dikongsikan oleh beberapa laman Facebook di Sabah kerana kejadian tersebut dikatakan berlaku di Ulu Balung, Kunak.

Memetik laporan dari laman Facebook, Online Lahad Datu, lelaki kejam dalam video tersebut dikatakan telah pun melarikan diri bersama dua anak kecilnya itu.

Dikatakan juga, punca video tersebut dibuat adalah kerana lelaki ini cemburu selepas baru sahaja bercerai dengan isterinya.

172920428 1112329309287959 5710990036814502449 N

Menurut laporan lain di Facebook pula, kanak-kanak malang tersebut telah pun diserahkan kepada nenek mereka iaitu ibu kepada suspek sebelum melarikan diri.

Namun, pihak polis masih belum berjaya mengesan keberadaan suspek mahu pun memberi kenyataan berhubung kejadian ini.

 

Baca: Dera Anak Hingga Berat Badan Tinggal 18KG Ketika Mati, Suami Isteri Ke Tali 

Screenshot 2021 04 14 At 12.06.41 Pm