in

Dera Anak Hingga Berat Badan Tinggal 18KG Ketika Mati, Suami Isteri Ke Tali Gantung

Ft Dera E1618710985526

Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam selepas didapati bersalah membunuh anak mereka berusia 22 tahun, lapor Harian Metro.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya, Murni Ahmad, 40, yang merupakan ibu tiri mangsa selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kes3

 

Tinggal 18KG ketika meninggal dunia, ada kesan gigitan manusia

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 April 2016 itu, Anuar dan Murni bersama dua anak mereka Siti Sarah, 26, dan Amir Sharif, 19, didakwa bersama-sama membunuh mangsa, Siti Hajar di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai di Chukai pada jam 10.45 malam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 35 akta sama.

Mengejutkan, mangsa yang ditemui meninggal dunia itu hanya seberat 18 kilogram seperti tidak cukup makan sekaligus menimbulkan keraguan pihak polis.

Hajar

Berdasarkan laporan yang dibuat Anuar, mangsa dikatakan mengalami sakit biasa namun tindakan yang dilakukan ahli keluarganya sendiri terbongkar selepas laporan bedah siasatan mendapati terdapat kesan gigitan manusia di badan selain lebam di mata.

Empat beranak terbabit kemudian ditahan di rumah mereka pada 1.50 pagi, 1 Mei 2016.

Kes

 

“Mu bunoh anok aku”

Pada Jun 2016, Mahkamah Majistret Kemaman menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes dan suasana senyap di pekarangan mahkamah bertukar riuh selepas bekas isteri Anuar yang juga merupakan ibu kandung mangsa beberapa kali menyebut,

Mu bunoh anok aku!”

Ketika wanita itu berulang kali menjerit ayat itu, empat sekeluarga tersebut sedang dibawa keluar selepas selesai prosiding. Ibu kandung mangsa dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu sedih dengan kematian menyayat hati anaknya itu dan gagal mengawal emosi sebaik melihat wajah bekas suami.

Kes1

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail.

Kedua-dua anak pasangan itu, Siti Sarah dan Amir Sharif dilepas dan dibebaskan selepas didapati tidak bersalah bagi pertuduhan sama.

Baca: Kes Kematian Adik Amir: Ibu Kandung & Bapa Tiri Berdepan Hukuman Gantung Jika Sabit Kesalahan

Collage 16

Sumber: Utusan
Sumber: Harian Metro
Sumber: Perak Today