in

Besarnya Pengorbanan Doktor Ini! Baca Kisah Beliau Yang Telah Menyentuh Hati Ramai Netizen

Id7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Doktor sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka telah berikrar untuk menyelamatkan pesakit dalam apa jua keadaan tanpa mengira bangsa dan agama.


Baru-baru ini kisah seorang doktor telah mendapat perhatian kerana pengorbanan yang telah dilakukannya dalam menyelamatkan nyawa pesakit sehingga sanggup untuk tidak berada disisi bapanya buat kali terakhir.

Id1
sumber: wob

Menurut WORLD OF BUZZ, doktor bernama Zhang Xinzhi berusia 55 tahun berasal dari Anhui, China tidak dapat berada bersama bapanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir kerana perlu menjalankan pembedahan kepada pesakitnya.

Sebelum turun ke bilik bedah, Doktor Zhang yang mempunyai pengalaman selama 33 tahun, sempat berjumpa dengan bapanya yang dalam keadaan tenat dan menerangkan kepadanya bahawa dia perlu menjalankan pembedahan ke atas pesakitnya. Bapanya dilaporkan mengangguk dan memberikan senyuman sebelum beliau meninggalkannya.

Walaubagaimanapun, sewaktu Doktor Zhang sedang bersiap sedia untuk masuk ke bilik pembedahan, beliau mendapat berita bahawa bapanya telah meninggal dunia. Sedih dan pilu, beliau tetap gagah meneruskan pembedahan tersebut kerana merasakan dia bertanggungjawab keatas pesakitnya. Beliau juga tidak menghiraukan panggilan telefon dan pesanan ringkas kerana mahu fokus di dalam bilik bedah.

Id4
sumber: wob
Id3
sumber: wob

Pembedahan ke atas pesakitnya dilaporkan berjaya dan telah mengambil masa selama 2 jam. Selesai prosedur, Doktor Zhang kemudian keluar daripada bilik bedah dalam keadaan sedih. Mestilah kan….

Id5
sumber: wob

Doktor Zhang, memberitahu bahawa dia sangat sedih dan berasa bersalah kerana tidak dapat berada disamping bapanya. Tetapi beliau juga sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Saya tahu bapa saya akan faham dan menyokong tindakan saya kerana dia tahu saya bukan sahaja seorang anak tetapi juga merupakan seorang doktor yang punyai tanggungjawab tersendiri.” – Zhang Xinzhi

Besar pengorbanan menjadi seorang doktor, terpaksa meletakkan orang lain dahulu sebelum diri sendiri. Semoga doktor-doktor lain di luar sana dapat menjadikan kisah ini sebagai sumber inspirasi mereka dalam meneruskan perjuangan sepanjang bergelar seorang doktor.

Baca: Doktor Jahit Luka Sendiri Selepas Terkena Tembakan Supaya Dapat Bantu Selamatkan Nyawa

Id6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.