in

Berat Badan Siti Bainun Turun Mendadak Dari 150KG Ke 90KG Selepas 6 Bulan Dipenjara

Siti Bainun Makin Kurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penampilan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi ini (Selasa) bagi mendengar rayuan untuk pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella telah mencuri tumpuan ramai.


Ini kerana berat badannya dilihat makin susut dan difahamkan telah mengalami penurunan berat badan kepada 90 kg daripada 150 kg ketika dipenjara pada 3 Mei lalu.

Artikel berkaitan: Siti Bainun Mohon Tangguh Hukuman Penjara, Bagi Alasan Aktif Kerja Amal & Seorang Wanita

Artikel berkaitan: Siti Bainun Sudah Insaf, Peguam Minta Dikenakan Hukuman Ringan

Itu bermakna Siti Bainun telah mengalami pengurangan berat badan sebanyak 60 kg dalam masa enam bulan.

Pengasas kepada Rumah Bonda ini dilihat hadir dengan memakai jubah berwarna merah jambu dan dibawa ke mahkamah dengan diriingi oleh anggota penjara.

Terdahulu, Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Keputusan itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi selepas mendapati pihak pembelaan Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dua pertuduhan tersebut.

2422317

Pihak mahkamah juga menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan ke atasnya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dengan itu, dia telah menjalani hukuman penjara serta-merta di Penjara Kajang bermula tarikh disabit dengan kesalahan tersebut.

Ikuti perkembangan lanjut mengenai keputusan rayuannya hari ini. 

Sumber: mStar

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.