in

Siti Bainun Mohon Tangguh Hukuman Penjara, Bagi Alasan Aktif Kerja Amal & Seorang Wanita

Siti Bainun Minta Tangguh Hukuman Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, kita semua sedia maklum pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun berhubung kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella.


Siti Bainun, 31, kemudian telah membuat permohonan menangguhkan hukuman penjara tersebut, namun Mahkamah Tinggi semalam telah memutuskan untuk menolak permohonan itu kerana tiada keadaan khas yang mewajarkannya dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan dan hukuman didengar.

Benon Lagi

Siti Bainun kemuka sembilan alasan mahu tangguh hukuman 

Menurut Astro AWANI, antara sembilan alasan yang dikemukakan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman penjara tersebut adalah:

  1. Siti Bainun telah memfailkan rayuan sabitan hukuman di Mahkamah Tinggi
  2. Ini kesalahan pertamanya
  3. Tak pernah melanggar syarat jaminan
  4. Ada masalah kesihatan
  5. Perlu tanggung ibu yang sakit
  6. Perlu menjaga seorang kanak-kanak
  7. Rayuannya bermerit dengan peluang yang tinggi untuk berjaya
  8. Aktif dalam kerja amal
  9. Seorang wanita.

Siti Bainun yang hadir memakai blaus berwarna hitam itu juga kelihatan susut berat badan dan Hakim Datuk Ahmad Bache ketika membaca keputusan penghakiman berkata, menerusi afidavit sokongan Siti Bainun menyatakan mempunyai masalah kesihatan seperti asma, hempedu dan gerd (gastrik).

C84044A6 Siti Bainun Bernama 020523

Tiada laporan pakar dikemukakan sedangkan beban pembuktian terletak di bahu wanita terbabit.

“Mahkamah hanya dibekalkan laporan perubatan bertarikh 6 Disemberi 2022; surat kemasukan hospital (28 November 2022) dan gambar hidung serta bibir yang tidak dapat membantu mahkamah,” kata hakim.

Beliau juga berkata, sebaliknya, pihak pendakwaan selaku responden, memfailkan afidavit daripada Pegawai Perubatan Klinik Penjara Wanita Kajang, Dr S Sunita menyatakan, tertuduh selaku pemohon adalah stabil, tidak mengalami komplikasi kesihatan dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Doktor juga mengatakan pihak penjara mempunyai kemudahan dan akses yang cukup bagi merawat pemohon.

Alasan Siti Bainun bukan keadaan khas mewajarkan permohonan tangguh hukuman 

Malah Hakim juga menyatakan sembilan alasan yang dikemukan Siti Bainun bukanlah suatu keadaan khas yang mewajarkannya permohonan berkenaan.

Hujahan aktif dalam kerja amal juga bukan keadaan khas kerana ramai sukarelawan yang terus bergiat di dalam badan kebajikan. 

“Jika permohonan ini dibenarkan beliau akan terus bergiat cergas dan mungkin melakukan kesalahan sebegini lagi kerana pemohon mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan,” katanya.

Klc Bainun Bella A003

Susulan hujahan oleh peguambela, beliau berkata, pemohon tidak dapat menunjukkan alasan-alasan yang dikemukakan adalah terjumlah kepada keadaan khas atau luar biasa.

Katanya lagi, permohonan Siti Bainun untuk penggantungan perlaksanaan ditolak.

Sebaik selesai keputusan dibaca, suasana di luar mahkamah bertukar kecoh apabila seorang saksi pendakwaan meninggikan suara terhadap saksi yang menyebelahi Siti Bainun.

Saksi Siti Bainun kemudian dilihat meninggalkan mahkamah dalam keadaan menangis.

Allahu macam drama ye… apa-apapun mahkamah telah menentukan hukuman, harap pesalah terimalah dengan reda keputusan ini. 

Baca: Siti Bainun Sudah Insaf, Peguam Minta Dikenakan Hukuman Ringan

Benon

Sumber: FMT
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.