in

Siti Bainun Sudah Insaf, Peguam Minta Dikenakan Hukuman Ringan

Siti Bainun Insaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Siti Bainun Ahd Razali yang merupakan Pengasas Rumah Bonda didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.


Dalam laporan Sinar Harian, pihak pembelaan difahamkan memohon kepada Mahkamah Sesyen hari ini agar pengasas Rumah Bonda itu dikenakan hukuman ringan dengan alasan telah insaf.

Peguamnya Mohammad Farhan Maaruf berkata demikian ketika hujahan mitigasi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, berkenaan prosiding keputusan kes mengabai dan menganiaya remaja kelainan upaya itu.

Courtklbainun0

Selain itu, beliau turut memohon, mahkamah mengambil kira bahawa ini merupakan kesalahan pertamanya.

“Saya rayu, mahkamah pertimbangkan kecederaan yang dialami oleh Bella, hanya melibatkan kedua belah tangan dan seluruh badan yang terlibat merupakan parut yang telah sembuh.

Ini menunjukkan Siti Bainun bukan insan yang kejam dan dia cuba baik mungkin untuk menjaga Bella.

Jika hukuman pemenjaraan dikenakan terhadapnya, ia akan menjejaskan kesihatannya,” katanya.

Peguam itu menyatakan hukuman penjara boleh digantikan dengan hukuman denda maksimum, sebagaimana yang terkandung dalam undang-undang.

Baca: [TERKINI] Siti Bainun Didapati Bersalah Kes Dera Bella

Bainun Bersalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.