Seorang ibu sanggup buat apa je untuk melindungi anak-anak. Kadang-kadang sampai tak sedar yang ianya melampaui batasan.
Menurut MetroUK, seorang wanita mengaku membunuh menantunya dengan memotong zakar lelaki ini sebab menantu dia tak nak bayar duit yang dia hutang lepas bercerai dengan anak perempuannya.
Dmitry Bogdanov mati selepas ditikam sebanyak 27 kali. Menurut polis, suspek berusia 49 tahun ini telah mengerat kemaluan menantunya dan buang zakar tersebut ke luar tingkap apartment.
Sebelum pergaduhan mereka, suspek dan teman lelakinya mengajak menantunya ini untuk minum di rumah mereka. Wanita ini kemudiannya menuduh Dmitry gagal membayar duit bagi membantu bekas isteri dan anak lelakinya.
Kerana marah, wanita ini bertindak menikam Dmitry beberapa kali menggunakan pisau sebelum teman lelakinya mengambil pisau tersebut dan sambung menikam mangsa.
Lepas pasangan ini mencacatkan anggota badan mangsa, wanita ini kemudian menelefon anaknya dan memberitahu apa yang berlaku sebelum bekas isteri mangsa menelefon pihak polis.
Pada awalnya, pasangan ini menafikan penglibatan mereka tapi akhirnya mengaku selepas didesak.
Mungkin niat dia baik nak dapatkan hak anak dia, tapi kalau dah sampai membunuh ni…