in

[VIDEO] Lelaki Arab Tolak ‘Interview’ Dengan Wartawan Israel Semasa Piala Dunia FIFA Di Qatar

765

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini, hangat diperkatakan di media sosial berkenaan acara terbesar yang ditunggu-tunggu seluruh dunia iaitu Piala Dunia FIFA yang kini berlangsung di Qatar dan menampilkan pemain-pemain bola sepak yang terpilih seluruh dunia.


Peminat bola sepak sudah pasti akan mengambil peluang untuk terbang terus ke negara penganjur dan melihat sendiri perlawanan bola sepak yang akan diadakan selama 29 hari.

Peminat bola sepak tolak temuramah dengan wartawan Israel

Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan beberapa peminat yang difahamkan berasal dari negara Arab telah bertindak menolak untuk interview dengan wartawan yang dipercayai daripada sebuah media Israel.

Menerusi video itu, lelaki itu pada awalnya ingin memberi pandangan terhadap piala dunia yang sedang diadakan tetapi apabila mereka mengetahui bahawa wartawan itu bekerja di bawah sebuah media Israel, mereka langsung menolak untuk bercakap dan meninggalkan kawasan tersebut sehingga membuatkan wartawan tersebut terkejut di hadapan kamera.

Situasi yang hampir sama juga turut dikongsikan di media sosial, memaparkan beberapa peminat dari Lubnan yang hadir ke perlawanan bola sepak itu turut menolak untuk bercakap dengan wartawan Israel.

“Israel tak pernah wujud…Siapa yang bawa kamu semua ke sini?”

Piala Dunia FIFA di Qatar telah bermula pada 20 November dan perlawanan bola sepak yang pertama telah dimulakan antara Qatar dengan Ecuador. Ia difahamkan akan berlangsung sehingga 18 Disember dan menjadikan piala dunia pertama yang diadakan di Timur Tengah.

Israel kini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat Arab dan beberapa orang di sana  meminta peminat bola sepak dari Israel untuk tidak hadir menonton memandangkan negara tersebut masih terpalit dengan isu rampasan tanah Palestin yang telah berlaku sejak lamanya.

Sampai macamtu sekali rakyat di sana boikot warga Israel…

Baca: Wartawan Israel Dakwa Netizen Malaysia ‘Koyak’ Selepas Insiden Culik Warga Palestin

Screenshot 2022 11 22 At 4.17.56 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.