Aduhai! Malang menimpa 10 pelajar berketurunan orang asli lepas bas sekolah yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung dekat Jalan Utama Kampung Penderas di Kuala Krau, Temerloh semalam (20 Jun 2019).
Menurut Astro AWANI, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang tu melibatkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau yang dalam perjalanan ke Kampung Pian, Kuala Krau.

Bas terbalik, menggelongsor ke dalam gaung
Antara mangsa yang cedera parah ialah Elkyka Liew a/p Liew Meng Chong, 14, yang kini sedang dirawat di Unit Kritikal Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood, bas berkenaan dipercayai mempunyai masalah teknikal yang menyebabkan ia terbalik dan menggelongsor ke dalam gaung.
“Seorang penumpang cedera parah dan dibawa ke hospital manakala penumpang lain cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Kuala Krau,” katanya.

Pun begitu, jumlah sebenar penumpang masih tak diketahui sebab ada sebahagian daripada mangsa dah pun pulang ke rumah tanpa menerima sebarang rawatan di klinik atau hospital.
Pemandu bas lari dari tempat kejadian?
Macam manapun, pemandu bas yang bertanggungjawab bagi kemalangan tersebut dengarnya sudah pun melarikan diri dan tidak ditemui di tempat kejadian ketika polis tiba. Cis boleh dia tinggal budak-budak tu macam tu je?
“Polis sedang mengesan pemandu bas kerana tidak berada di tempat kejadian manakala pemilik bas sudah diketahui berasal dari Triang, Bera,” kata pihak polis kepada Berita Harian.

Harap-harap pelajar orang asli tu cepat sembuh dan pemandu bas yang dicari-cari berjaya dikesan polis!