in

Kanak-kanak 11 Tahun Terbunuh Dalam Kemalangan Selepas Ibu Terkejut Labah-labah Hinggap Atas Tangan Masa Memandu.

Featured 27

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunial selepas ibunya terkejut mendapati ada labah-labah di dalam kereta sebelum memasuki laluan bertentangan dalam kejadian yang berlaku di Wales, United Kingdom.

Dilaporkan kenderaan yang dipandu Cloud Younger itu kemudiannya bertembung dengan kenderaan lain dan mengorbankan Tristan Keith Silver, 11 tahun.

 

Wanita gelabah labah-labah jatuh atas tangan waktu memandu

Memetik Metro, wanita itu ketika disoal siasat memaklumkan kepada polis bahawa labah-labah tersebut telah jatuh di tangan kirinya..patutlah cuak!

05 Spider Bug Bite Symptoms You Should Never Ignore—And What Is Causing Them 506854405 Goncharov Artem
Gambar hiasan

Malah dalam kenyataannya kepada mahkamah, wanita itu memberitahu bahawa kejadian labah-labah itu telah menakutkan anak perempuannya, Branwen berusia 8 tahun dan dia kemudiannya bertindak menenangkan kanak-kanak itu sebelum kemalangan berlaku.

Younger turut memaklumkan bahawa pada hari kejadian dia sepatutnya memandu Tristan ke sekolah di Ysgol y Dderi, Llangybi sebelum bawa anak perempuannya, Branwen ke doktor untuk check up.

Pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu mendakwa dia terlihat kereta dipandu Younger memasuki laluannya.

“Saya nampak kederaan itu memasuki laluan saya dan menaiki bukit menuju ke arah kenderaan kami”- David

“Pemandu itu tidak pun memperlahankan kenderaannya dan saya terus beritahu isteri saya yang kenderaan itu tidak akan berhenti”

2 9
Younger dan jalan yang dilaluinya

David kemudiannya terpaksa brek mengejut sebelum akhirnya kenderaan dipandunya bertembung dengan kenderaan dipandu Younger.

Laporan forensik mendedahkan yang pemandu dan penumpang bagi kedua-dua kenderaan berada dalam keadaan memakai tali pinggang keledar, malah kondisi jalan ketika itu juga berada dalam keadaan baik.

Mengulas lanjut Penyiasat Forensik, Matthew Fraser berkata Younger ketika kejadian wanita itu juga bebas dari sebarang bentuk dadah atau alkohol.

 

Sesiapa pun akan terkejut kalau berhadapan situasi sama, tapi mungkin kita perlu lebih berhati-hati lah supaya tak berlaku kejadian macam ni.

Baca : Tragedi Bhopal : Gas Maut Manoetilamin Ragut 35,000 Nyawa, Kemalangan Industri Paling Tragis Dalam Sejarah Peradaban Manusia

1 9