in

Bapa Serang Pekerja Restoran Gara-gara Anak Beli Roti Canai Tak Dapat Kuah

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Bapa Serang Pekerja Restoran Gara-gara Anak Beli Roti Canai Tak Dapat Kuah
Loading
/

Orang zaman sekarang pantang salah sedikit mesti mengamuk. Samalah seperti satu perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook yang memperlihatkan seorang lelaki mengamuk di sebuah restoran mamak gara-gara anaknya tidak mendapat kuah sewaktu membeli roti canai.


Menurut Malaysian Digest, kejadian bermula apabila isterinya membeli roti canai di restoran berkenaan. Namun pembelian roti canai itu tidak disertakan bersama kuah kari. Lelaki tersebut kemudian menyuruh anaknya untuk pergi semula ke restoran berkenaan dan meminta kuah yang sepatutnya disertakan bersama.

Apabila ditanya tentang kuah itu, pekerja berkenaan boleh pula memaksa anaknya untuk membayar RM 2.00 untuk membeli kuah tersebut. Pulak dah!

Selepas mendengar kisah yang diceritakan anaknya itu, lelaki berkenaan mula naik angin dan membawa anaknya ke restoran tersebut.

“Tunjuk dekat ayah mana orang (pekerja) tu.” kata lelaki itu dalam nada tinggi.

Si ayah yang mengamuk telah meluru ke bahagian dapur restoran berkenaan, namun nasib baiklah dia sempat ditenangkan oleh salah seorang pekerja wanita sebelum kembali mengamuk kerana pekerja itu tidak memunculkan diri.

Aku tak kira, aku nak jumpa dia (pekerja). Kalau tak settle, panggillah polis!”

Pekerja wanita itu cuba meredakan keadaan semula, namun dek kerana tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan, lelaki tersebut kembali marah dan mula meluru ke arah dapur restoran.

Rata-rata penonton yang menonton video itu memarahi tindakan lelaki tersebut kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

A
sumber: facebook
B
sumber: facebook
C
sumber: facebook

Haih macam-macam. Benda boleh selesaikan secara baik kenapalah sampai nak cari gaduh. Cuba bincang secara elok-elok. Kalau bincang baik-baik, bukan sahaja dapat kuah percuma, ntah-ntah dapat roti canai percuma lagi! Mana tau kan?

Baca: Lelaki Mengamuk Tidak Dapat BR1M Tetak Kereta Pengerusi JKKK

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.