in

“Banyak deleted scene best-best” – Fans Tak Boleh Move On 7 Hari Mencintaiku, Scene Helmi ‘Sound’ Nurul Paling Power!

scene padam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun drama kesukaan ramai, 7 Hari Mencintaiku sudah tamat pada minggu lepas, para penonton yang mengikuti drama ini nampaknya masih lagi tak move on dengan watak-watak di dalam drama tersebut.

Tipulah kalau korang semua dah lupa pasal Mia, Mak Leha, Khuzairi, Pak Samad dan juga watak paling dikeji si Nurul tu. Kalau korang nak tahu sebenarnya drama ini ada beberapa deleted scene yang tak ditayangkan tau. Seriusss la! 


 

Deleted scene Helmi ‘sekolahkan’ Nurul lepas majlis kahwin tak jadi

Perasan tak Nurul terus hilang lepas majlis kahwin dia dan Khuzairi dibatalkan? Mana Nurul pergi ye lepas tu?

Bagi korang yang tertanya-tanya, rupanya ada je scene Nurul selepas tu tetapi telah dipadam pihak produksi atas sebab-sebab tertentu. Menerusi perkongsian video di Instagram, Helmi rupanya sempat bagi Nurul amaran untuk jangan kacau kehidupan Khuzairi dan Mia lagi lepas insiden perkahwinan yang dibatalkan tu. 

https://www.instagram.com/p/CETV5f7BYvd/

 

“Kenapa delete scene ni??” 

Babak Helmi beri Nurul amaran supaya jangan mengganggu keluarganya lagi itu memang sangat dinanti-nantikan netizen dan ramai jugaklah yang frust kenapa scene tersebut dipadam daripada drama.

deleted scene

 

Scene lain yang dipadam

Selain daripada scene kat atas tu, ada beberapa lagi scene lain yang dipadam. Nah, korang boleh tengok kat bawah ni.

https://www.instagram.com/p/CES4bpVh9z5/

https://www.instagram.com/p/CETIT5VBZJd/

So macam mana? Masih lagi tak boleh move on dengan 7 Hari Mencintaiku? Kita tunggu season 3 pulak eh… 

Baca: “Muka acah alim!” – Ramai Bengang Dengan Watak Nurul Dalam 7 Hari Mencintaiku 2, Tapi Siapa Nurul ‘In Real Life’?

wafa

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.