in

Bank Rakyat Perkukuh Agenda Hebatkan Perniagaan Malaysia Di Pentas Global

Bank Rakyat Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bank Rakyat terus memperkukuh usaha membawa perniagaan tempatan ke peringkat antarabangsa menerusi penganjuran Bank Rakyat BizMatch: Make Malaysian Businesses Great sempena Nikkei Forum of Asia 2026 di Tokyo, Jepun.

Program padanan perniagaan itu menghimpunkan tujuh syarikat Malaysia bersama pemilik perniagaan, pelabur, pemimpin industri dan rakan strategik dari Jepun serta negara Asia lain bagi meneroka peluang kerjasama rentas sempadan dan akses ke pasaran baharu.


Bank Rakyat 1

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Steven Sim Chee Keong, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Menurut Steven Sim, inisiatif itu selari dengan usaha memperkasakan perniagaan Malaysia agar mampu bersaing di peringkat global. Beliau turut menggalakkan syarikat Jepun melihat syarikat pemula teknologi dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan sebagai rakan strategik yang berpotensi untuk inovasi bersama.

Artikel berkaitan: Dari Guru Ke Jutawan, Bank Rakyat Umum Pemenang RM1 Juta Akaun Pelaburan-i Rizq Plus

Artikel berkaitan: “Satu pencapaian yang cukup membanggakan” – Bank Rakyat Umum Dividen Tertinggi Dalam 10 Tahun

Sementara itu, Mohd Irwan berkata syarikat yang terlibat mewakili sektor berpotensi tinggi seperti keterjaminan makanan, akuakultur, tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, minyak sawit, peruncitan dan pembuatan.

Bank Rakyat 3

Katanya, selain pembiayaan, Bank Rakyat turut komited menyediakan sokongan melalui khidmat nasihat, pemudah cara pasaran, pendigitalan dan platform jaringan antarabangsa bagi membantu usahawan menembusi pasaran global.

Inisiatif BizMatch ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat dalam menyokong agenda pembangunan keusahawanan negara serta memperluaskan peluang perdagangan antarabangsa untuk perniagaan tempatan.

Sumber: Bank Rakyat

Sumber: Bank Rakyat
Sumber: Bank Rakyat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.