in

Bakal Menghiasi Muka Depan Majalah Vogue, Presiden Ukraine Dikecam Kerana Tidak Serius Berperang?

3Ukraine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun masih dalam kemelut perperangan dengan Rusia, wajah presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan isterinya Olena Zelenska bakal menghiasi muka depan majalah Vogue.


Screenshot 2022 07 30 At 3.23.59 Pm

Memetik sumber dari NDTV, pasangan itu berkongsi hampir dua dekad perkahwinan mereka dan kehidupan yang dilalui sekarang selepas terpisah dengan anak-anak kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang telah meragut ribuan nyawa.

Screenshot 2022 07 30 At 3.23.22 PmKedua-dua mereka ditemuramah oleh wakil dari majalah Vogue dalam satu sesi temubual secara tertutp di ibu kota Ukraine, Kyiv. @voguemagazine juga telah menyiarkan gambar Zelenska sebagai bintang muka depan digital terbaharunya dan menggelarkannya sebagai ‘potret keberanian.

Screenshot 2022 07 30 At 3.23.33 PmWalau bagaimanapun, sejak dimuatnaik, wajah pemimpin negara yang masih dalam kancah perang itu mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna maya. Ada yang suka dan tidak kurang juga yang mengecam mereka kerana bergambar sewaktu negara dilanda perang.

Dalam gambar yang disiarkan itu, kelihatan Zelenska duduk di dalam pejabat presiden dan berpakaian kasual seluar hitam dan berbaju putih. Beliau juga telah bergambar bersama tentera dan beberapa bangkai pesawat.

 

Baca: Bagi Tahu Isteri Nak Pergi ‘Bird-Watching’, Veteran Tentera Rupanya Ke Ukraine Sebab Nak ‘Join’ Perang

Screenshot 2022 07 30 At 3.26.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.