in

Bakal Dijual RM700 Juta, Ini Signifikan Di Sebalik Bentuk Unik Binaan Menara TM

Menara Tm Ada Kaitan Dengan Pucuk Rebung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, netizen di media sosial kecoh seketika apabila menara ikonik di Kuala Lumpur, Menara TM bakal dijual.

Menara yang mana disenaraikan sebagai antara 10 tertinggi di Malaysia dan mempunyai 55 tingkat siap dengan tapak helikopter ini katanya ditawarkan dengan harga RM700 juta.


Lima syarikat yang membuat bidaan juga sudah disenarai pendek oleh firma Menara ABS Bhd, lapor Astro AWANI.

“Lima syarikat telah disenarai pendek bagi memasuk peringkat kedua, yang akan berlangsung antara April dan Mei. Keputusan dijangka dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini,’’ menurut sumber.

Binaan unik ada kena mengena dengan ‘pucuk rebung’? 

Bagi yang gemar menonton filem Marvel, kebanyakannya mengatakan bentuk binaan Menara TM ini ada iras-iras dengan menara milik ahli pasukan Avengers, Tony Stark.

Pun begitu, menara yang dirasmikan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11 Februari 2003 ini sebenarnya dibina berkonsepkan ‘pucuk rebung’. Haa korang pernah tengok tak pucuk rebung tu macam mana rupanya…

20200601 150650

Dalam sesi temubual pada tahun 2015 dengan tokoh jurubina yang juga pemilik firma arkitek terkenal, Hijjas Kasturi berkata, Menara Telekom ini merupakan salah satu daripada hasil sentuhan beliau dan ia tampil dengan konsep pucuk rebung.

Bangunan pencakar langit yang siap dibina pada 2001 ini jelas menggambarkan, arkitek veteran itu mempunyai semangat Melayu yang kuat berdasarkan konsep yang dipilih.

220209 Telekom Malaysia Menara Tm Unsplash Alfredsd

Antara bangunan lain yang direka beliau ialah Tabung Haji, Menara Maybank, Hotel Nikko, Menara Lion, Lot 10 Kuala Lumpur, Stadium Shah Alam dan Kelab Darul Ehsan.

Menurutnya lagi, pembinaan sebuah bangunan bukan sekadar seni tetapi mesti mempunyai objektif dan maksud tertentu melambangkan identiti negara dan rakyatnya.

 

TM akan berpindah ke Cyberjaya 

Untuk info, Telekom Malaysia telah memeterai perjanjian bersyarat jual beli, serta perjanjian ijarah dengan Menara ABS Bhd, pada 2 Januari 2008 untuk menjual Menara TM, Wisma TM Taman Desa, Cyberjaya Complex dan Menara Celcom yang membabitkan penerbitaan sukuk ijarah bernilai RM1 bilion.

Telekom Malaysia Berhad dalam satu kenyataan rasmi mereka semalam juga memaklumkan syarikat itu kini dalam proses peralihan ke pejabat baru di Cyberjaya.

Menarik juga ye cerita di sebalik bentuk unik menara ni. Tak sangka ia berasal dari pucuk rebung. 

Baca: Ramai Terkejut Menara TM Dengan 55 Tingkat Kini Dijual!

Page Tm

Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.