in

“Tiada masalah, ini kan zaman moden”- Keluarga OKAY Dengan Pesta ‘Selfie’ Di Pusara Allahyarham BJ Habibie?

Featured 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang merasa terkesan dengan pemergian negarawan Indonesia, BJ Habibie. Ia terbukti apabila beberapa hari selepas bekas presiden ketiga Indonesia itu dikebumikan, berpusu-pusu rakyat negara itu yang mengambil peluang untuk mengunjungi pusara allahyarham di Taman Pemakaman Pahlawan Nasional, Kalibata, Jakarta Selatan.

Perkara itu sememangnya sudah dijangkakan memandangkan peribadi allahyarham sepanjang hayatnya amat disenangi dan dihormati oleh seluruh lapisan masyarakat.


Namun satu perkara menyedihkan sepanjang catatan kunjungan tersebut iaitu…

 

Berselfie dan merakam foto memeluk batu nisan allahyarham di pusara

Salah seorang personaliti terkenal Indonesia, Anggun Cipta Sasmi menerusi entrinya di instagram mengkritik perkara tersebut selain merasa sedih dengan perilaku ‘kurang manis’ tersebut.

https://www.instagram.com/p/B2Y–nylSDi/

Melihat foto ini mendadak sedih.
Mungkin sudah saatnya ada edukasi untuk para “Generasi Selfie” yang harus belajar menilai situasi dan melihat konteks. Ada saat untuk bisa selfie dan untuk tidak.

Ada banyak hal yang bisa diposting tapi banyak juga yang tidak perlu.
Foto makam Bapak Bacharuddin Jusuf Habibie

Mungkin ada yang masih belum jelas dengan apa yang dimaksudkan anggun, apa kata korang tengok sendiri situasi yang berlaku di pusara allahyarham BJ Habibie.

71484810 122022739177037 8570921519104917504 N
Orang ramai berebut untuk ‘selfie’ di pusara allahyarham / sumber: onenewsonlineofficial
70594741 122022802510364 4742128233951002624 N
Makcik-makcik pun tak kurang ‘beraksi’ di pusara allahyarham / sumber: onenewsonlineofficial
70121012 122022822510362 3810933604251336704 N
Antara aksi-aksi lain yang dirakam / sumber: onenewsonlineofficial

Perkara itu ternyata sampai ke pengetahuan keluarga allahyarham, namun reaksi yang diterima adalah sedikit mengejutkan kerana…

“Kalau masalah itu (selfie), sebetulnya hak orang. Boleh saja untuk ‘selfie’ kerana mungkin ramai yang teringin untuk bergambar dengan Pak Habibie. Oleh kerana tidak dapat bergambar dengan tuan punya badan lalu bergambar saja dengan kubur.

“Kalau mahu berdoa silakan, kalau mahu ‘selfie’ juga tiada masalah, ini kan zaman moden,”- anak bongsu Allahyarham, Thareq Kemal Habibie.

Bagaimanapun Menteri Sosial, Agus Gumiwang Kartasasmita telah memaklumkan yang pihak pengurusan taman pemakaman telah mengerahkan 2 orang pengawal pusara selama sebulan untuk memastikan yang tiada lagi pesta selfie sebaliknya hanya datang berziarah dan mendoakan allahyarham, lapor Astro Awani.

 

Allahu semakin pelik la dunia sekarang ni

Baca : Selamat bertemu bu Ainun di jannah, pak Netizen Berduka Pemergian Bekas Presiden Indonesia BJ Habibie, Terharu Kisah Cinta Dengan Arwah Isteri

Pak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.