in

“Astaghfirullah, saya tak bitter dengan rezeki sesiapapun” – Izara Aishah Dituduh Sindir Sharifah Rose Isu Lambakan Pelakon ‘Instafamous’?

Rise Zara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon cantik jelita, Izara Aishah tiba-tiba saja trending di Twitter dan menjadi perbualan netizen hari ini selepas dia dikatakan telah memuat naik beberapa tweet yang memperkatakan tentang ‘lambakan’ instafamous yang kini menghiasi media tempatan sebagai pelakon.


Menurut tweetnya, stesen televisyen dan pihak produksi dikatakan kini lebih pentingkan pengaruh seseorang pelakon itu di media sosial berbanding menjalankan uji bakat ataupun mempunyai latar belakang seni persembahan dalam memberikan tawaran untuk berlakon.

Meskipun tweet tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa, netizen seperti biasa membuat telahan sendiri dan mengaitkan hal tersebut dengan instafamous yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose sebagai individu yang dimaksudkan Izara. Alamak… 

Lebih merumitkan keadaan, kalau korang follow lah kan siapa Rose ni, dia merupakan bekas kekasih Aazief Khalid yang merupakan adik kepada suami Izara, Adib Khalid.

Pun begitu, Izara dengan pantas menolak dakwaan netizen dan mendoakan yang terbaik buat Rose yang mana sudahpun bergelar pelakon sebelum menjadi instafamous lagi.

 

Sharifah Rose ‘balas’ tweet tapi… 

Walau bagaimanapun, Sharifah Rose ada memuat naik satu tweet yang seakan-akan memberi gambaran tentang pandangannya mengenai apa yang diperkatakan Izara.

Zara

Izara siap tanya tu…. tweet ni untuk dia ke? 

Menyedari akan salah faham yang bakal berlaku, Izara sekali lagi menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk cemburu dengan rezeki sesiapa pun namun dia sangat mementingkan disiplin bagi mereka yang tidak serius ketika berlakon di set dan hanya pentingkan kecantikan saja.

Apa-apapun admin rasa eloklah kita ambil positif je dengan apa yang Izara cakap tu kan.

Ada betul juga tegurannya mengenai kualiti pelakon zaman sekarang yang makin lama makin menurun tu.

Baca: “Dah nak jadi mak orang pun tak reti pakai seluar” – Izara Aishah Buat Majlis ‘Gender Reveal’, Netizen Kritik Cara Pemakaian

Izararaa

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.