in

Aniaya Remaja Sindrom Down, Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 12 Tahun Terhadap Siti Bainun

Siti Bainun Masuk Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella.


Hakim Noorin Badaruddin membuat keputusan tersebut selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei 2023.

Artikel berkaitan: Berat Badan Siti Bainun Turun Mendadak Dari 150KG Ke 90KG Selepas 6 Bulan Dipenjara

Artikel berkaitan: Siti Bainun Mohon Tangguh Hukuman Penjara, Bagi Alasan Aktif Kerja Amal & Seorang Wanita

Pada 3 Mei 2023 lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi Izraliza telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Mahkamah Tinggi pada 23 Mei 2023 menolak permohonan Siti Bainun agar pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk berbuat demikian.

Buletin Tv3 A 2024 05 02T110802.521

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya Bella yang berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Siti Bainun difahamkan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara itu.

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.