Ini baru betul namanya kuasa viral media sosial digunakan dengan cara yang betul!
Satu tweet daripada journalist Hindustan Times baru-baru ni dapat perhatian ramai warga India yang kemudiannya ambil keputusan untuk sama-sama membantu. Bersama tweet tu, Shiv Sunny ada upload dua gambar yang menunjukkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun meratapi pemergian bapanya.
Sehingga kini, gambar tu telah pun mendapat sebanyak hampir 14,000 retweet dan lebih 24,000 like.
Budak itu berjalan ke mayat bapanya di sebuah krematorium, alihkan kain dari muka (mayat), pegang pipi (mayat) dengan kedua-dua belah tangan, hanya memanggil ‘papa’ dan mula menangis.”
Bapa budak itu bernama Anil, 37, adalah pekerja pembetung di Delhi. Mangsa dikatakan meninggal dunia akibat tali yang menurunkannya ke dalam pembetung terputus. Malang tak berbau…
Menurut mStar, apa yang menyedihkan dan menyentuh hati orang ramai adalah keluarganya difahamkan tidak mampu untuk membiayai kos pembakaran Anil.
Dek kerana tweet yang viral inilah, orang ramai pakat-pakat menderma dan berjaya kumpul 3 juta Rupee (RM181,605) dalam masa sehari saja untuk bantu keluarga Anil. Wow, bagusnya!
Menurut Sunny, dia ambil gambar menyentuh hati tu beberapa minit sebelum mayat Anil dibakar.
“Saya seorang wartawan jenayah dan saya telah melihat banyak tragedi, tetapi ini adalah sesuatu yang saya tak pernah lihat.
“Saya hanya mahu menarik perhatian tentang kematian pekerja pembetung. Ia (gambar) menceritakan tentang nasib keluarga.”
Lebih memilukan, anak Anil yang berusia 4 bulan baru saja meninggal dunia minggu lepas kerana radang paru-paru. Rupanya, bayi tu tak dirawat disebabkan keluarga mereka kesempitan wang untuk beli ubat-ubatan.
Selain orang ramai, ada juga pertubuhan NGO beritahu yang mereka sedia membantu untuk kumpul dana. Bahkan, selebriti Bollywood dikatakan turut hubungi Sunny dan tanya bagaimana mereka boleh membantu keluarga Anil. Orang miskin di kawasan tu juga ada berikan sumbangan serendah 10 Rupee untuk bantu. Walaupun tak berduit, mereka tolong mana yang mampu.. Sebaknya…
Menurut anak lelaki Anil (dalam gambar), dia selalu teman bapanya ke pembetung. Bukan untuk bekerja tapi tolong tunggu di luar untuk menjaga pakaian dan kasutnya daripada dicuri.
Bapa saya kata masih belum tiba masanya untuk saya masuk ke dalam pembetung.”
Dianggarkan kira-kira 100 pekerja pembetungan mati di India setiap tahun. Kesatuan mendakwa kejadian ini berpunca akibat mereka tidak diberi peralatan keselamatan yang sesuai.
Kuasa viral ni ada kebaikan dan manfaat sebenarnya. Antaranya, macam ni lah. Bukan sibuk duk viral berjoget-joget dengan manusia celaru identiti. Eh? Opss!