in

Anak Kecil Tidak Tahu Kematian Bapa Dalam Tragedi MH370, Masih Tunggu Kepulangan Hingga Kini

Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Empat tahun lalu, tragedi MH370 menggemparkan seluruh negara atas kehilangannya pada tanggal 8 Mac 2014. Dengan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dipercayai telah terkorban, pemergian mangsa-mangsa masih ditangisi ahli keluarga dan rakan terdekat hingga ke hari ini. Pun begitu, seorang anak kecil di Banting masih belum tahu bahawa bapanya telah meninggal dalam tragedi itu.


Menurut NST, kanak-kanak lelaki dikenali sebagai P.Varmer belum sedar akan pemergian bapanya, S. Puspanathan dalam tragedi MH370 sejak empat tahun lalu kerana ahli keluarga tidak sanggup untuk memaklumkan hal itu kepadanya. Difahamkan, anak kecil tersebut masih menyangka bahawa bapanya tidak pulang ke rumah kerana keluar bekerja.

Op3
sumber: harian metro

G.Subramaniam, datuk kepada Varmer memberitahu bahawa kanak-kanak berusia tujuh tahun itu kerap bertanya mengapa Puspanathan yang merupakan seorang pakar teknologi maklumat masih belum pulang walaupun mereka sudah menunggu dalam jangka masa yang lama.

“Ahli keluarga tak sampai hati nak ceritakan hal sebenar kepada dia. Jadi kami reka cerita yang Puspanathan tak balik rumah kerana bekerja,” kata Subramaniam.

“Bapanya hilang sejak Varmer berumur tiga tahun. Sekarang dia dah Tahun 1 dan masih lagi menunggu kepulangan bapanya.”

Mh2
sumber: nst

Selain anak kecil berusia tujuh tahun tersebut, Puspanathan meninggalkan seorang balu, G.Devi dan seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun. Ibu Puspanathan yang dikenali sebagai A. Amirtham mengakui bahawa dia masih bersedih atas kehilangan anak lelakinya.

Oleh sebab itu, Amirtham mengosongkan rumahnya yang terletak di Telok Panglima Garang selepas mendakwa dia kerap kali ternampak kelibat anak lelakinya di dalam rumah tersebut. Hal itu menyebabkan emosi Amirtham terganggu dan menyebabkannya kemurungan.

Oh1
sumber: harian metro

“Dia sengsara menunggu kepulangan Puspanathan. Bila sendirian dalam bilik, dia akan jadi terlalu sedih dan tak boleh fikir atau lihat kapal terbang,” kata Subramanian tentang keadaan isterinya.

Baca: Ibu Bapa Sangka Dua Anak Meninggal Semasa Tragedi Tsunami 2004, Akhirnya Bertemu Semula

Anaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.