in

“Ampunkan dosa-dosa I daddy eh” – Raih 1 Juta View Dalam 3 Hari, Perbualan Terakhir Arwah Siti Sarah Buat Ramai Sebak

Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga hari lepas (26 November 2021) pelawak Shuib Sepahtu ada memuat naik satu single baru, ia merupakan nyanyian daripada arwah Siti Sarah yang telah meninggalkan kita pada 9 Ogos lalu. Al-fatihah.



Menurut Shuib, rakaman lagu yang berjudul Tinggalkan Diriku diterima pada 6 hari selepas pemergian isteri tercintanya.

 

“Cara penyampaian, seolah-olah tahu apa yang akan terjadi.”

Tambah Shuib menerusi saluran YouTube miliknya lagi, ia dirakam ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah di Matic Kuala Lumpur.

Katanya lagi, cara arwah menyampaikan lagu ini sedikit berbeza, seakan-akan sudah tahu apa yang bakal terjadi.

Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang. Sebagai tanda terima kasih, saya abadikan lagu Tinggalkan Diriku nyanyian Siri Sarah ke dalam sebuah video muzik.”

Shuib berharap lagu dan lirik ciptaan Aidit Alfian bakal menjadi pengubat rindu, penawar duka dan kenang-kenangan.

 

Suara perbualan terakhir arwah Siti Sarah kepada Shuib

Pada minit 4.54 dalam lagu ini, diselitkan satu rakaman suara perbualan terakhir Shuib bersama arwah Siti Sarah.

Perbualan terakhir mereka pada 6 Ogos 2021 jam 10.26 pagi itu mengenai sokongan moral yang diberikan Shuib kepada isterinya itu. Shuib yang tak dapat menahan sebak dipujuk oleh arwah Siti Sarah untuk tidak menangis sebelum memohon keampunan daripada suaminya.

Shuib : Ini satu step ni je yang kena lepaskan. You minta dengan Allah, kuatkan semangat you dan Insyaallah kalau you lepas ni, kita akan tengok baby kita.

Berikut merupakan antara perbualan mereka…

Sarah : Ok sayang.

Shuib : Ibu

Sarah : Ya

Shuib: Sumpah I memang sayang you sangat

Sarah : Jangan nangis

Shuib : I tak nangis sayang

Sarah: Daddy jangan sedih…

Shuib : Tak, I okay

Sarah : Ampunkan dosa-dosa I daddy eh? 

Shuib : Dah ampunkan segala dosa-dosa you

Sarah : Love you

Shuib: I love you so much

Betul betul menusuk hati – Netizen

Video muzik ini telah meraih lebih daripada sejuta jumlah tontonan dalam masa 3 hari ia dikongsikan

Ramai netizen yang turut sebak apabila mendengar lagu ini dan mereka turut titipkan doa buat arwah serta memberi sokongan kepada Shuib untuk terus tabah.

Tinggalkan Diriku Sarah Tinggalkan Diriku Sarah 2,

Tinggalkan Diriku Sarah 3

Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, 9 Ogos lalu.

 

Baca : “Saya rasa dunia sesepi-sepinya” -Raisuddin Cerita Kembali Momen Diberitahu Siti Sarah Telah Tiada

Siti Sarah Dan Raisuddin Hamzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.