in

“Ambe sediakan penginapan & tempat” – PU Syed Sahut Cabaran Wakil NGO Ajak Berdebat Pasal Isu Artis Sentuh Anjing

Pusyed2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, teguran PU Syed kepada artis islam bergambar dengan anjing telah membuatkan dirinya kurang senang kerana bimbang boleh mendatangkan kepada agama.


Namun begitu, tegurannya telah membuatkan wakil NGO, Animal Action Team yang dikenali sebagai Abang Kucing rasa terpanggil.

 

Tolong sampaikan kepada P.U Syed! Abang Kucing ajak debat. Biar kita semua dapat belajar” – Persatuan Haiwan Malaysia

Menerusi laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, terdapat satu posting yang berupa pesanan dan ajakan Abang Kucing untuk berdebat dengan PU Syed.

Debat mengenai Polemik Menyantuni Anjing & Kesan Pada Masyarakat Islam itu dibuat di Perkarangan Pejabat Animal Malaysia di Segambut KL.

Dalam poster tersebut, dilihat gambar selfie pelakon bersama anjing jenis husky dan lelaki sedang memegang anjing yang dalam kecederaan.

74371327 1101594390047760 7165273487282536448 O 1

Seperti mana yang tertera dalam gambar di datas pihak Animal Malaysia mengalu-alukan kehadiran PU Syed di pejabat mengikut waktunya.

Namun, ramai netizen yang pelik dengan motif yang cuba di sampaikan kerana isu selfie artis itu macam tak ada kena mengena dengan isu yang cuba nak didebatkan. Tiba-tiba selitkan gambar artis tu.

Ini kerana situasi artis dan situasi Abang Kucing tu jauh beza sama sekali, baca pendapat netizen ni.

 

Bezakan rescue dengan bukan…artis tu bukan misi menyelamat – Netizen

Anjing3
Sumber : facebook

Anjing Anjing2

Nampaknya seruan itu sampai ke mata PU Syed, disebalik debat itu dijalankan di pejabat mereka, PU Syed cadangkan untuk lakukan sesi debat itu di Perak.

Memang apa yang netizen cuba sampaikan itu kena selari dengan pandangan dan tujuan PU Syed.

 

Banyak benda boleh disantuni, yg ambe tegur artis itu pula dijadikan isu. Parah sungguh! Pihak yg ajak ambe debat, meh ke Ipoh ambe sediakan penginapan dan juga tempat.” – PU Syed

Menurut PU Syed, dia sendiri pelik dengan apa motif yang persatuan ini cuba nak bangkitkan ekoran dengan tegurannya kepada artis tersebut.

Malah dia juga pelik cubaan mereka untuk ajak berdebat juga padahal tegurannya itu bukanlah sebab artis itu menzalimi anjing.

Baca ni…

Bagaimanapun cabaran itu diahut oleh PU Syed, dan kini dia sedang menunggu respon daripada pihak persatuan tu.

Apapun harap kedua-dua pihak dapat lah berbincang dengan baik pasal hal ni.

 

Baca : “Kot ya bermazhab lain, toksahlah up gambar sebegitu rupa”- Selfie Dengan Anjing, PU Syed Tegur Nabila Huda 

Husky

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.