in

“Aku pun menangis sekali”-Isteri Meninggal Kerana Covid-19, Ahli Forensik Dedah Momen Sebak ‘Call’ Suami Arwah

Cats 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tengok jumlah kes positif dan jumlah kematian yang makin banyak setiap hari, agak membimbangkan ramai pihak. Kita takut kalau negara kita dah jadi kritikal sangat macam dekat India. Nauzbillah minta dijauhkan.


Baru-baru ini, viral satu rakaman audio mengenai sebuah keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga mereka akibat dijangkiti wabak Covid-19.

 

Suami dan anak menangis

Kisah ini dikongsikan di Facebook oleh seorang ahli forensik bernama Fadzly Arif pada 9 Mei lalu yang berkongsi pengalamannya ketika menjalanan tugas mengikut prosedur menguruskan jasad Allahyarhamah Airda  Muslimah binti Mahmood yang meninggal akibat Covid-19 pada 6 Mei lepas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Salah satu prosedurnya adalah untuk memaklumkan berita tentang kematian itu kepada suami arwah.

Unm

Panggilan yang dibuat kepada suami arwah bertukar sebak apabila dia turut mengalirkan air mata waktu mendengar tangisan suami dan anak-anak arwah selepas memberitahu tentang kematian tersebut. Korang kalau tengok video tu confirm menangis jugak weh!

Makin sedih bila diorang minta untuk lawat arwah buat kali terakhir tapi tidak dibenarkan oleh pihak hospital kerana mereka masih lagi dalam tempoh kuarantin di rumah. Oleh sebab ittu, jenazah telah dituntut dan diwakilkan oleh kakak arwah dan abang iparnya.

 

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Di ruangan komen posting Facebook tersebut, rata-rata netizen turut menangis sebak bila dengar tangisan suami dan anak-anak arwah. Korang kalau tak menangis jugak memang hati kental la.

Yyyb

Unmb

Semoga keluarga arwah kuat hadapi dugaan ini dan semoga kita semua dijauhkan dari wabak ini dan diberi kesihatan yang baik.

 

Sumber: Fadzly Arif

Baca:Tiz Zaqyah & Nora Danish Positif Covid-19, Mohon Kontak Rapat Buat Swab Test

Capture 39

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.