in

“Aku pulak yang tersenyum-senyum” – Netizen Teruja Nak Tengok Penyatuan Semula Abby & Norman Dalam Gerak Khas Musim Terbaru Ini!

Powerrrr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa yang membesar di zaman drama bersiri Gerak Khas mesti takkan lupa dengan kisah cinta Inspektor Aleza dan Inspektor Mazlan yang tak berkesudahan tu kan? Lepas AC Mizal tak berlakon lagi dalam Gerak Khas, tempatnya digantikan dengan Norman Hakim sebagai Inspektor Haris yang juga membibitkan babak cinta.


Tapi fast forward ke depan, lepas 20 tahun Gerak Khas ditayangkan, nampaknya drama kepolisan yang terlama ditayangkan kat Malaysia ni buat major throwback untuk fans mereka kat luar sana. 

 

Norman Hakim kongsi babak ‘bertentang mata’ Inspektor Aleza dan Inspektor Haris

Setelah sekian lama tidak lagi berlakon, Abby Abadi buat kemunculan sulung dalam siri Gerak Khas musim terbaru yang bakal ditayangkan Jumaat ini (8/3/2019) dengan menampilkan babak pertemuannya kembali dengan ASP Haris.

Babak ini jadi perhatian ramai sebab Norman nampaknya tak berkedip memandang Abby sambil tersengih-sengih. Tup-tup Datuk Yusof Haslam pulak menyampuk cakap ‘Pi mai pi mai tang tu jugak’. Agitewww! 

 

“Jangan dok tenung lama sangat tuan. Bini orang tu… Smiley Tongue Out” 

Rata-rata netizen mengaku mereka tersenyum-senyum sendiri bila melihat pertemuan semula dua watak tu. Kebanyakannya mengusik Norman supaya jangan tenung lama-lama kerana masing-masing pun sudah berkeluarga walaupun sebelum ni pernah menjadi suami isteri dan pasangan kekasih dalam siri itu.

Norman Abby
sumber: instagram

 

“Best kalau Datuk AC join sekali” 

Tak cukup dengan tu, ramai jugak mohon kalau Datuk Yusof Haslam boleh bawa Datuk AC sekali join drama Gerak Khas. Ramai yang rindukan gelagat Inspektor Mazlan ni!

Ac Mizal
sumber: instagram

Bagi mereka yang nak menonton Gerak Khas ni, korang siap sedia setiap Jumaat pada 8.30 malam di TV2. Drama bersiri ni jugak menampilkan pelakon seperti Erra Fazira, Zul Ariffin, Salina Saibi dan Sheera Iskandar. 

Baca: “10 Briged (Para) ni unit elit, kalau nak buat cerita buat betul-betul” – Kapten ATM ‘Sound’ Drama Leftenan Zana Sebab ‘Menjahanamkan’ Regimental Tentera

Zana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.