in

“Aku naik buat inspection… seram sejuk!” – Netizen Dedah Gambar Rehal DBP Hampir Roboh, Ngeri!

Roboh Lah Dbp Rehal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu perobohan ‘rehal’ di atas bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menjadi isu hangat di kalangan netizen sejak semalam lagi.


Ramai yang mengecam tindakan DBP dan mengaitkan isu ini dengan politik dan perkauman sungguhpun Pengerusi Lembaga Pengelola DBP sendiri, Mohamed Hatta Shaharom telah menjelaskan bahawa mereka hanya ikut arahan JKR bahawa perobohan ini dilakukan atas alasan keselamatan. 

76Acbee64757B8Caf139D7F48Ad29933
sumber: malaysiakini

Disebabkan ramai di kalangan netizen yang tak percaya, seorang lelaki yang mendakwa terlibat dalam sesi inspection ‘rehal’ terbabit ada share gambar eksklusif buat korang semua di Twitter

 

“Tunggu masa nak roboh je rehal ni” 

Menurut pengguna Twitter bernama Amirul ini, struktur rehal tersebut memang dilihat dalam keadaan kritikal dan tunggu masa nak roboh saja. Dia yang mengikuti sesi inspection tak lama dulu merakam beberapa keping gambar buat tatapan anda semua.

Tambahnya lagi, JKR pernah letak tension cable untuk support struktur terbabit tapi ia masih tegang dan dalam keadaan bahaya. Sebab itulah keputusan merobohkannya dibuat. 

Roboh 1

Ebd6W4Yuyaaeetu

Ebd6Wd4Vaaa3Znz

Roboh 2

Ebf Wyevuaa Jqr Ebf Xlsuyaanfk

sumber: twitter

 

“Scarynya tengok besi dia macam tu. Kalau tak remove jadi apa-apa lagi bahaya”

Rata-rata netizen yang tengok gambar tersebut memberi respon yang mengejutkan dan tak sangka begini serius kerosakan yang dialami rehal tersebut.

Dbp Rehal
sumber: twitter

Malah ada juga yang siap tunjuk kes terdahulu pada tahun 2013 yang mana sebuah konkrit terjatuh menghempap kereta sebagai case study. Cuba kalau perkara itu yang berlaku kepada Menara DBP… takutnyaaa! 

Dalam isu ini admin rasa kita janganlah saling tuding menuding jari dan menyalahkan satu sama lain. Fikir positif saja dan setiap perkara yang dilakukan tu ada sebab musababnya. Semoga proses perobohan selamat dijalankan. Ngeri min tengok gambar tu semua. 

Baca: “Letak lambang botok arak baru ok ke?” – Netizen ‘Mengamuk’ Dengar Replika Buku Menara DBP Dirobohkan, Ini Kata Orang Kuat DBP

Featured 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.