in

“Letak lambang botok arak baru ok ke?”- Netizen ‘Mengamuk’ Dengar Replika Buku Menara DBP Dirobohkan, Ini Kata Orang Kuat DBP

Featured 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada mengeluarkan kenyataan media mengenai kerja-kerja perobohan replika buku di Menara DBP.


Sebab utama adalah selepas mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mengesahkan struktur tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.

Kerja-kerja perobohan replika buku ini telah dimulakan pada 12 Julai 2019 dan dijangka siap pada 16 November 2019, perobohan ini dibuat atas faktor keselamatan.”

67760923 2875680579169558 7945529501478289408 N
Sumber: dbp

Namun penjelasan yang diberikan DBP nyata gagal memuaskan hati ramai pihak, yang rata-rata mempersoalkan tindakan DBP merobohkan replika buku di atas menara tersebut.

Ini antara komen-komen netizen.

 

Letak lambang botol arak baru ok ke?

Komen

Komen 2

 

Melihat kepada reaksi balas netizen, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Mohamed Hatta Shaharom tampil menjelaskan situasi sebenar.

Struktur replika buku itu sudah tidak kukuh lagi disebabkan hakisan dan karatan yang teruk. Maka arahan pihak JKR

DBP Menerima Perhatian LagiKali ini perhatian awam tertumpu kepada Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula….

Posted by Mohamed Hatta Shaharom on Thursday, August 8, 2019

DBP Menerima Perhatian Lagi

Kali ini perhatian awam tertumpu kepada Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula. Khususnya tentang keadaan replika buku yang terletak di puncaknya. Seperti biasa di negara Malaysia pada era ini, apa saja pergerakan manusia atau barang buatan manusia, ada saja tafsiran yang dibuat secara betul ataupun salah.

Kawan-kawan saya yang ikhlas telah menghubungi saya sejak petang tadi (Khamis 8 Ogos 2019) untuk mengetahui cerita sebenar mengapa replika ikonik itu hendak dirobohkan.

Berikut ialah penerangan saya.

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah melakukan pemeriksaan beberapa kali ke atas Menara DBP mendapati bahawa struktur replika buku itu sudah tidak kukuh lagi disebabkan hakisan dan karatan yang teruk. Maka arahan pihak JKR yang wajib dituruti di atas sebab keselamatan awam ialah struktur itu mestilah dirobohkan segera.

Ucapan terima kasih kepada JKR yang telah melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan cepat. Terima kasih kepada rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama yang menyayangi DBP dan amat prihatin akan keadaan rupa dan keselamatan kompleksnya yang merangkumi Wisma DBP (kini sudah berstatus bangunan warisan) dan Menara DBP. Jika rakyat Malaysia menyayangi DBP serta ikonnya, lebih-lebih lagilah kami keluarga DBP yang saban hari bekerja di institusi penuh hikmah, barakah dan karamah ini. 

Sekali lagi ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang tidak cepat melatah dengan berita yang tidak sahih dan melaksanakan usaha tabayun untuk memastikan kesahihan berita itu dulu sebelum mempercayainya.

Wassalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohamed Hatta Shaharom
Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP
8 Ogos 2019

 

Sebaiknya kita jangan suka-suka menuduh tanpa usul periksa, mungkin betul seperti apa yang dimaklumkan oleh DBP bahawa struktur tersebut sudah tidak selamat dan berbahaya kepada awam kan?

Baca : Terpaksa mengambil upah menyanyi di kenduri kahwin Saat Kejatuhan Allahyarham P.Ramlee Sebelum Meninggal Dunia

Pramlee

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.