Masyarakat di Afrika Barat percaya ritual atau sihir mampu menyelesaikan masalah mereka seperti masalah kesihatan, perhubungan dan kewangan.
Mereka melihatnya seperti hospital ataupun farmasi.”
Situ adalah tempat di mana mereka akan pergi sekiranya tak mampu untuk dapatkan rawatan tradisional atau rawatan tradisional tak berkesan.
Dalam pasar ini, korang boleh dapatkan pelbagai barangan untuk sihir upacara penyembahan seperti kepala haiwan, tangkal dan patung voodoo.
Mereka juga boleh dapatkan khidmat bomoh. Antaranya ramal masa depan, buang sihir, atau sembuhkan apa-apa penyakit seperti demam dan kesuburan.
Kalau korang nak tau, sihir kat sana dah diamalkan seperti agama, jadi mereka beranggapan ianya seperti satu keperluan.
Tapi kalau ada perancangan nak melancong kat sana, pasar ni buka dari 8.30 pagi sampai 6 petang dan korang boleh pergi sana naik teksi atau ojek. Tapi kalau nak tangkap gambar, ada bayaran yang akan dikenakan.
Sumber : atlasobscura
Baca : Gila! Kad Pokemon Rare Ini Dijual Dengan Nilai RM 1 Juta Rupa-rupanya