in

“Airmata, kopiah tak boleh selamatkan kamu dah” – Terima Banyak Ugutan, Caprice Ingin Jawab Fitnah UEL

Cap Ebit Fitnah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak mahu berdiam diri lagi selepas dihina dan diugut oleh netizen di media sosial, Caprice atau Ariz Ramli, 33, kini katanya tampil untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan Ustaz Ebit Lew yang disifatkannya sebagai fitnah.


Menerusi satu posting di Instagram, Caprice menamakan videonya yang dilihat sedang berpelukan dengan Ebit Lew sebagai ‘Fitnah 1’ yang mana diselitkan juga audio pendakwah tersebut yang mendakwa rappers terbabit telah menolak dan menepisnya ketika sedang bersalaman dan berpelukan ketika bertemu di Mesir.

Caprice tidak boleh berdiam lagi dah. Terlalu banyak ugutan diterima… jadi terpulang lah. Kita akan explain satu per satu dan pertahankan tuduhan fitnah.

“Fitnah is a crime in Islam lagi teruk dari membunuh. InsyaAllah in the end, you will see and understand why I am hurt and why selama ni satu Malaysia kena tipu. 

“Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah,” tulisnya.

 

Caprice kongsi screenshot perbualan WhatsApp, mahu jawab isu melutut & cium kaki menteri Palestin 

Tak cukup dengan itu, Caprice juga dilihat berkongsi screenshot perbualan WhatsApp antara dirinya dan Ebit Lew bertarikh 1 Julai lalu yang berkaitan pertanyaan untuk berkongsi video pertemuan mereka di media sosial.

Menerusi WhatsApp itu juga dapat dilihat perbualan masing-masing masih dalam keadaan baik dan tidak timbul sebarang persengketaan.

Gabung Cap

Caprice juga pada masa yang sama menyentuh isu penafian Ebit Lew berhubung dakwaan Caprice yang pendakwah itu sebelum ini terpaksa melutut dan mencium kaki menteri di Palestin.

“Tentang isu melutut… apa dia janji kepada Caprice di hotel dan apa yang berlaku di Gaza buatkan Caprice sakit hati, semua akan dijawab. 

“I am sorry but I cannot take caci dan maki anyone sementara orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice,” katanya lagi.

Cap 3 1

Terdahulu, Caprice pernah menerima kecaman orang ramai kerana didakwa berbohong atas beberapa isu yang dijelaskan di atas.

Penyanyi ini juga mendakwa dia telah menerima pelbagai hinaan termasuk ugutan bunuh daripada netizen selepas membuat pendedahan terbabit.

Baca: “I’m just giving you guys a hint” – Caprice Buka Mulut Isu Posting Gambar Syaitan Di IG

Capriceee

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.