in

“Ada mistik ke?” – Ustaz Kongsi Pengalaman Jemaah Umrah Alami ‘Perkara Aneh’ Di Tanah Suci

Umrah Saka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menunaikan ibadah umrah merupakan salah satu sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut buat semua umat Islam, setiap muslimin pasti mengimpikan untuk menjejakkan kaki di tanah suci iaitu Mekah dan juga Madinah.


Banyak perkara dan pengalaman yang dapat ditimba ketika seseorang itu menunaikan ibadah tersebut.

Artikel berkaitan: Gara-gara Bergambar Dengan ‘Pose’ Angkat Jari Telunjuk Ketika Tunai Umrah, Jemaah Malaysia Ditahan Sebab...

Artikel berkaitan: “Salah guna harta anak yatim, amal ilmu ghaib” –  Ada Jemaah Dari Malaysia Tak Nampak Kaabah Semasa Umrah?

Pun begitu, ada juga pengalaman yang kurang senang didengar atau boleh dikatakan mistik berlaku kepada seorang jemaah umrah.

Cerita itu dikongsikan oleh seorang ustaz yang mengiring jemaah umrah di sana menerusi sebuah rancangan podcast, Usanita.

@usanita.hq

Kejadian pelik yang berlaku di Tanah Haram #podcast #hitamputihkehidupan

♬ original sound – usanita.hq – usanita.hq

Rancangan yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor serta Datin Nana itu menjemput Ustaz Muhammad Atiq yang berkongsi sebuah cerita aneh di mana seorang lelaki yang tiba-tiba lemah longlai ketika berada di tanah suci.

“Bila dia sampai dekat Mekah tiba tiba dia sakit, saya tahu dia baru lepas bypass tapi di Madinah dia okay, happy.

Tapi sampai Madinah dia sakit, dia gelisah. Umrah kali pertama saya dah nampak muka dia biru hijau, biru hijau tapi dia kata dia okay cumanya dia dah tak larat dan minta untuk naik skuter,” katanya.

Selepas itu keadaan lelaki tersebut semakin merisaukan apabila dia menjadi semakin lemah dan bapa mertua kepada lelaki itu meminta Ustaz Atiq untuk membacakan ayat-ayat untuk menantunya itu.

Keesokan harinya, satu keluarga itu lewat bangun dan bergegas untuk tawaf dan solat Subuh, Ustaz berkenaan melewatkan sedikit perjalanan mereka untuk ke Taif.

“Tengah tawaf dia pergi dengan isteri dia dengan wheelchair, isteri dia tolakkan.

Isteri dia tinggalkan dia di depan sebab di Mekah lelaki kena solat di depan dan perempuan di belakang.

Lepas solat, isteri dia cari suaminya hilang. Takde. Dengan wheelchair pun takde,” katanya.

Isterinya yang ketakutan menangis teresak-esak kerana tidak menjumpai suaminya namun Ustaz itu berkata mereka terpaksa bergerak kerana ada jemaah lain, akan ada staf lain yang akan mencari lelaki tersebut.

Akhirnya, pihak polis menemui lelaki tersebut dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak tahu di mana sebenarnya dia dijumpai.

“Sampai di hotel dia dah jadi lain, dia jadi macam baby, kencing berterabur. Dia memang kata dia taktau apa jadi,” katanya lagi.

Apabila ditanya mengapa keadaan lelaki itu sedemikian rupa, ustaz itu berkongsi rupanya dia mempunyai saka dan disebabkan itu dia sangat menolak untuk pergi ke Mekah.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.