in

“Abah mimpi ke apa…” – Bapa Terharu Anak Hadiahkan Kereta Menjelang Tahun Baru

Kereta Abah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Abah mimpi ke apa..." - Bapa Terharu Anak Hadiahkan Kereta Menjelang Tahun Baru
Loading
/

Kalau masa kecil ibu bapa kita telah berkorban wang ringgit dan masa demi membesarkan kita, tak ada salahnya kalau sudah besar kita ambil waktu ini untuk membalas jasa mereka pula.


Jadilah seperti anak-anak kepada pakcik ni. Terharu dan sebak admin tau lepas tengok video yang viral di Facebook ni apabila si anak hadiahkan bapa mereka sebuah kereta jenis Perodua Bezza. 

 

“Allah… betul ke ni? Abah mimpi ke apa” 

Menerusi video yang viral semalam, anak kepada pakcik yang bertuah ni tiba-tiba dilihat menyerahkan segugus kunci pada bapanya yang nampak blur je bila tengok sebuah kereta warna biru kat depan rumah.

Bila anaknya explain, ni kereta abah, terus pakcik ni menangis tersedu sedan. Tak percaya sungguh dapat kereta Perodua Bezza kerana sebelum ni menurut posting yang viral tu, dia hanya memakai kereta Perodua Kelisa je. Allahu… terusik betul perasaan admin. 

49061927 2285187621514725 283660844481380352 N
sumber: facebook
49159778 2285187584848062 5353720328382054400 N
sumber: facebook

Nampak tak Kelisa warna silver kat belakang tu?

 

“Inilah namanya anak penyayang, kenang jasa ibu ayah. Tak berkira wang harta pada ibu ayah” 

Perkongsian tersebut rata-rata telah mendapat perhatian netizen yang tersentuh dengan kasih sayang yang ditonjolkan anak pakcik ni kepada bapa mereka. Sempat jugak ada yang mohon doa supaya mereka diberikan kesempatan yang sama. Dapat menggembirakan hati ibu dan ayah yang banyak berkorban semasa muda.

Anak Yang Baik
sumber: facebook

Semoga kisah ini jadi inspirasi buat semua… 

Baca: Tak Tahan Rasa Sebak Bila Melihat Anak Kecil Ini Panggil “Mamaa” Di Pusara Ibunya

Anak12 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.