in

9 Aktiviti Ekstrem di KL dan Selangor Anda Perlu Cuba Dengan Rakan-rakan!

A 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti ekstrem bukanlah sesuatu yang semua orang sukakan. Bagi mereka yang sememangnya penggemar sukan lasak pasti tidak akan melepaskan peluang merasai pengalaman melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem.


Namun, tidak salah juga bagi anda yang tidak suka atau takut untuk lakukan aktiviti lasak mencabar keberanian dan tahap adrenalin anda! Jadi, 9 aktiviti ini anda mesti cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!

 

1. Base Jumping

Jika anda ingin mencabar adrenalin dan tidak takut akan ketinggian, anda memang perlu cuba base jumping di Gua Damai Extreme Park! Platform khas disediakan bagi mereka yang ingin terjun dari kemuncak Gua Damai setinggi 300 kaki ini. Jangan risau, aktiviti ini dipantau oleh mereka yang lebih pakar.

Lokasi: Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor

Info lanjut: Laman web | Facebook

Base1
sumber: gua damai
Base2
sumber: the star
Base3
sumber: gua damai

 

2. Water Rafting

Cabaran water rafting di Sungai Selangor ini sepanjang 7 kilometer dan boleh mengambil masa sehingga 3 jam untuk menamatkan aktiviti. Tahap kesukaran sering bertukar daripada halangan kecil kepada gelombang air yang kuat, confirm akan buat adrenalin anda di tahap kemuncak!

Lokasi: Kampung Paya, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Info lanjut: Laman web

R1
sumber: cycling addicts
R2
sumber: coachnvanrental
R3
sumber: bigtree tours

 

3. Rock Climbing @ Damai Wall

Damai Wall adalah destinasi paling popular untuk aktiviti rock climbing di Batu Caves. Kalau betul-betul nak rasa pengalaman sebenar rock climbing, lakukan aktiviti tersebut di tempat mencabar seperti ini. Lebih menarik, kanak-kanak seawal 6 hingga 9 tahun juga boleh mencuba.

Lokasi: Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor

Info lanjut: Laman web | Facebook

Damai

Damai2
sumber: andy saiden
Damai3
sumber: vertical adventure

 

4.  Motorised Paragliding

Anda mungkin selalu dengar tentang aktiviti paragliding, apatah lagi kini anda boleh cuba aktiviti itu di Jugra. Namun berbeza sedikit dengan yang ini kerana ianya tidak perlu bergantung kepada angin sepenuhnya. Apa anda perlu buat hanya duduk dan ambil selfie di atas awangan. Best kan!

Lokasi: Pulau Indah, Klang

Info lanjut: Laman web | Facebook

M5
sumber: facebook
M6
sumber: facebook
M
sumber: facebook

 

5. Flyboard

Flyboard adalah antara aktiviti sukan terbaru dan semakin dikenali ramai di Malaysia ini. Pada asasnya, ia hanyalah jetpack yang mengeluarkan air dan mendorong flyboard itu ke atas. Hati-hati, anda perlu pandai mengimbangkan badan ketika berdiri di atasnya. Anda perlu berusia 15 tahun ke atas serta berat badan tidak melebihi 120kg untuk mencuba.

Lokasi: Pusat Maritim, Jalan P5/5, Presint 1, 62000 Putrajaya

Info lanjut: Laman web | Facebook

F
sumber: groupon

F1 1

F0
sumber: utusan

 

[sociallocker id=1666]

6. Fly Fish

Anda tidak perlu fikir untuk melancong jauh kerana bermacam jenis sukan air ada di Asian Water Sports Village ini termasuklah fly fish. Tasik yang juga terdapat pulau buatan manusia ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti sukan air. Nak lagi best? Pergi ramai-ramai dengan rakan-rakan.

Lokasi: Asian Water Sports Village, Jalan TPT 1, Taman Puchong Tekali, 47150 Selangor

Info lanjut: Laman web

A2 2
sumber: emily
A1 5
sumber: world of buzz
A4 3
sumber: emily

 

7. Skywarrior Rainforest Challenge

Anda pasti tahu tentang rancangan American Ninja Warrior, sebuah rancangan realiti dari Amerika Syarikat. Bila tonton rancangan nampak mudah setiap cabaran yang mereka lakukan tapi kini anda boleh rasa kepayahan menghadapi setiap halangan yang mereka lalui di Putrajaya. Apa tunggu lagi, pergilah cuba!

Lokasi: Jalan P2M, Presint 2, 62100 Putrajaya

Info lanjut: Facebook

N
sumber: facebook
N3
sumber: facebook
N4
sumber: facebook

[/sociallocker]

 

8. Waterski / Wakeboarding

Aktiviti sukan air ini agak ekstrem bagi seseorang yang bukan profesional. Namun, tidak salah mencuba dan mencabar tahap kelasakan anda dalam sukan ini. Bagi anda yang sememangnya suka aktiviti sukan air, jangan lepaskan peluang untuk cuba!

Lokasi: Marina Putrajaya, 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya

Info lanjut: Laman web

Water1
sumber: get my boat
Water3
sumber: get my boat
Water5
sumber: local usher

 

9. Menerokai Gua

Sekali-sekala lakukan aktiviti lain dari yang lain seperti meneroka gua. Anda boleh dapatkan khidmat Dark Cave Malaysia untuk merancang aktiviti yang mengambil masa lebih kurang 3 jam ini. Apa yang mencabar adalah keadaan gua yang gelap, sempit dan anda perlu merangkak di beberapa bahagian di dalam gua.

Lokasi: Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Info lanjut: Laman web | Facebook

C5
sumber: facebook
C3
sumber: facebook
C
sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.