in ,

7 Port Makan Mac n Cheese Area Klang Valley Untuk Hilangkan ‘Craving’ Korang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa kat sini suka makanan western, set-set pasta, spagheti semua tu? Tang cheese tu wehhh, terangkat beb!

Admin sejak kebelakangan ni kepunan nak makan mac n cheese jadi sambil-sambil tu admin nak recommend korang beberapa tempat. So, ni 7 port makan mac n cheese area Klang Valley untuk hilangkan ‘craving’ korang.

 

1. The Mac’s

Sumber: Instagram

The Mac’s punya specialty memang mac n cheese! Gerai dia sempoi je kat tepi-tepi jalan, tapi rasa dia macam makan kat kedai mewah. Portion dia boleh tahan, satu mangkuk tu kira puas dan kenyang lah makan. So, jangan risau, memang puas hati. Dorang pun pernah feature dalam JJCM sebab ternyata empat pilihan perisa mac n cheese dorang ni digilai ramai.

Sumber: Instagram

Lokasi: Subang Jaya (@Petronas USJ 14), Shah Alam (@Big John’s Satay Sek 13), SS15 (@gsbistross15), Shah Alam (@D’Penyet Sek 7)

 

2. Humble Chef

Sumber: Instagram

Bak kata pelanggan kedai ni, “The best place in town for unbelievable food experience“. Nampak tak kenapa admin recommend kedai ni? Dengan suasana kedai yang tenang, korang boleh enjoy macaroni dengan cheese leleh yang sedap tu kat Humble Chef. Kedai ni jual macam-macam makanan lain, tapi kalau datang sini, make sure try mac n cheese dorang. Confirm puas hati!

Sumber: Instagram

Lokasi: Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam

 

3. Pasta Panas

Sumber: Instagram

Peminat cheese memang boleh serbu sini. Walaupun menu lain sama kecurkan air liur, tapi mac n chesse dekat Pasta Panas sedap gila nak mampus! Dengan harga yang berpatutan, dorang memang tak lokek dengan portion makanan. Makaroni dia memang sarat teruk dengan cheese. Memang boleh tarik-tarik gitu cheese tu masa makan ni. So apa lagi, pergi serbu cepat!

Sumber: Instagram

Lokasi: Suzi’s Corner, Ampang: 7 malam – 1 pagi, Kuala Lumpur City Walk, KLCC: 11 pagi – 6 petang, Kapitan USJ, Subang Jaya: 7 malam – 1 pagi

 

4. SKöHNS Canteen

Sumber: Instagram

Kedai makan ni memang terkenal dengan portion makanan yang besar. Kalau korang jenis makan sikit tu, bolehlah order satu untuk kongsi berdua. Nak tau kenapa admin recommend SKöHNS Canteen? Sebab selain ada mac n cheese yang biasa tu, dia ada buat burger daging mac n cheese di mana dia taruk mac n cheese dekat atas daging burger tu! Yum!

Sumber: Facebook


Sumber: Instagram

Lokasi: Jalan PJU 8/5g, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam

 

5. Tim’s Teapot Terrace

Sumber: TripAdvisor

Port makan ni, kedai dia comelnya lahai. Tapi sekali korang suap mac and cheese dalam mulut, rasa mindblown sebab sedap dan padat dengan cheese. Portion dia takdelah besar mana tapi tak kisah sangat sebab rasa dia sedap dan puas makan. Harga dia tak mahal mana and sambil makan mac n cheese, boleh order pavlova! Favourite admin jugak!

Sumber: Instagram

Lokasi: 9128, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi – 10 malam

 

6. Thursdvys

Sumber: Burpple

Siapa yang minat and jenis-jenis hipster gitu boleh pergi Thursdvys. Korang boleh tarik nafas lega sebab kedai ni bukan indah khabar daripada rupa. Mac n cheese dorang, korang kena try. Walaupun mac and cheese dia simple and portion tak besar mana, ramai yang berpuas hati dengan rasanya yang memuaskan dan sesuai nak dijadikan sajian ‘cheating day‘ korang.

Sumber: Burpple

Lokasi: 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 pagi – 11 malam

 

7. Chequers

Sumber: Blog

Kedai ala-ala kafe ni banyak pilihan makanan yang sedap-sedap belaka. Antara menu yang mencuri perhatian ramai ialah mac n cheese dia yang sama terhidang dalam bentuk burger! Meleleh air liur. Chequers ni memang ada reputasi hidangkan makanan yang cool gitu so seronok nak try. Size burger dengan mac n cheese dalam dia nampak kecik je tapi sebenarnya sekali gigit dah rasa puas!

Sumber: Blog

Lokasi: 153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 pagi – 11 malam

Korang pergilah try kedai-kedai ni for sure korang tak menyesal try mac n cheese yang sarat dengan cheese dan sedap ni. Ada beberapa kedai kat atas ni letak harga yang murah je. But ada jugak yang mahal sikit dari makanan biasa. Tapi sebab rasa dia memuaskan, tak salahkan sekali sekala nak cuba?

Jom pergi besok dengan admin!

Baca: 6 Fries Yang UNIK Dan SEDAP GILA KOrang Kena Try Dekat Area Klang Valley

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: