in

7 Filem & Drama Adibah Noor Yang Terlalu Istimewa & Dekat Di Hati Penonton

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian selebriti berbakat, Adibah Noor yang dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 51 tahun.


Adibah Noor bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat, malah beliau juga berbakat dalam bidang pengacaraan, menyanyi dan melawak. Dalam bahasa mudahnya, Adibah Noor adalah permata buat negara Malaysia.

Banyak filem dan drama yang pernah dilakonkan oleh Adibah Noor dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ada juga beberapa karya yang terlalu istimewa buat para penonton kerana ia terasa begitu dekat di hati kita semua.

Untuk itu, hari ini Lobak Merah akan kongsikan 7 filem dan drama lakonan Adibah Noor yang seronok, istimewa dan dekat di hati penonton.

1. Mukhsin (2007)

Filem arahan Yasmin Ahmad ini merupakan trilogi kepada ‘Orkid’. Bertempat di Sekinchan, Sabak Bernam pada tahun 1993, Mukhsin mengisahkan tentang kisah cinta Orked, bersama Mukhsin yang baru sahaja pulang ke kampung ketika cuti sekolah.

Filem ini turut mengisahkan tentang konflik di dalam keluarga Mukhsin yang terasa begitu dekat di hati peminat. Wajib tonton!

2. Talentime (2009)

Sekali lagi, filem arahan Yasmin Ahmad ini menampilkan Adibah Noor sebagai salah seorang pelakon utama yang membawa watak Cikgu Adibah di dalam Talentime. Seperti tajuknya, filem ini berkisar dalam acara Talentime di sebuah sekolah.

Boleh dikatakan, hampir semua filem arahan Yasmin Ahmad terasa begitu dekat di hati apabila ditonton. Talentime pernah menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu, dan turut menampilkan beberapa pelakon lain seperti Syafie Naswip dan Harith Iskander.

3. Magika (2010)

Magika boleh dikatakan sebagai salah satu filem yang patut berada di dalam senarai filem terbaik Malaysia. Filem arahan Edry Abdul Halim ini mengisahkan dua beradik, Ayu dan Malik yang mengalami kesempitan hidup selepas kematian ibu mereka.

Selepas bergaduh dengan Ayu, Malik masuk ke hutan dan tanpa disedari, dia telah termasuk ke dalam satu dunia lain yang dikenali sebagai Magika. Ayu perlu masuk ke dunia ini untuk menyelamatkan adiknya, dan banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

Filem ini turut menampilkan beberapa nama besar lain seperti Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, Aznil Nawawi, M. Nasir, Senario, Nabil Ahmad dan Ruminah Sidek.

4. Sepet (2004)

Sepet pula adalah sebuah filem bertemakan romantik komedi yang berlatar belakangkan di Ipoh, Perak. Filem ini mengisahkan kisah cinta di antara seorang pemuda Cina, dan wanita Melayu.

Filem ini berjaya merangkul banyak anugerah tempatan dan antarabangsa seperti Best Asian Film Award di 18th Tokyo International Film Festival, Best Film di 27th Créteil International Women’s Film Festival dan 9 anugerah utama di Filem Festival Malaysia yang ke-18.

5. Oh My English! (2012-2013, 2017)

Siapa yang tak kenal dengan Puan Hajar? Oh My English! mula ditayangkan pada 20 May 2012 dan semenjak itu, filem ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menjadi fenomena kepada para penonton.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar di SMK Ayer Dalam yang berjumpa dengan guru Bahasa Inggeris baharu mereka, Henry Middleton. Banyak kisah lucu yang menggamit memori semasa zaman kita sekolah dahulu.

6. Kampung People 2 (2020)

Kampung People merupakan satu fenomena buat drama tempatan apabila siri ini membawa satu kelainan dan tidak terlalu cliche untuk ditonton. Disebabkan kejayaan musim yang pertama, Kampung People 2 menampilkan cerita yang baharu dan watak lain seperti Dona, lakonan Adibah Noor.

I is terhibur bila tengok drama ni!

7. Phua Chu Kang Sdn Bhd (2009)

Tidak ramai yang tahu, Phua Chu Kang Sdn Bhd sebenarnya merupakan spin-off sitkom yang berasal dari Singapura, Phua Chu Kang Pte Ltd.

Untuk siri ini, Adibah Noor membawa watak Fatimah, orang gaji kepada Phua. Cerita legend!

Al-fatihah buat Adibah Noor.

BACA: “Maaf, kali ni aku tak dapat tolong” – Tweet Terakhir Adibah Noor Buat Netizen Sebak

1Dib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.