in

“Kenangan jumpa arwah Kak Dib” – [VIDEO] Arwah Abam & Adibah Noor Karaoke Buat Ramai Sebak

Ft Abam Adibah Noor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini, masih ramai rakyat Malaysia turut berduka atas pemergian awrah Adibah Noor pada Sabtu lalu.



Semenjak itu, banyak rakaman-rakaman yang membuatkan orang ramai sebak seperti keratan filem lakonannya Hoore! Hoore! bersama arwah Harun Salim Bachik menyanyikan lagu Salam Terakhir dan terkini, balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali kongsikan rakaman arwah suaminya bersama arwah Adibah.

 

Terkejut dengar berita, kenangan jumpa Allahyarhamah Kak Adibah – Hidayah

Dalam video 1 minit 19 saat itu, ia menunjukkan arwah suaminya, Abam sedang khusyuk berkaraoke bersama arwah Adibah Noor mendendangkan lagu Rindu Bayangan, nyanyian Jay Jay. Atas rasa hormat terhadap arwah, Hidayah menutup muka Adibah Noor.

@hidayah_hamzah

Tekejut dengar berita Kenangan jumpa Allahyarhamah Kak Adibah 🤲 Al_fatihah buat Akk Adibah Noor Dan Al_fatihah Suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar😭😭🤲#dalamkenangan #alfatihahbuatmu #alfatihahkakadibahnoor #alfatihahsuamikusyedumarmokhtar

♬ original sound – Hidayahhamzah – Hidayahhamzah

 

Video yang telah meraih hampir 40K dalam masa 2 hari ini telah membuatkan ramai netizen tak dapat menahan rasa sebak dan masing-masing menitipkan doa buat mereka berdua. Al-fatihah.

Malah, ada juga yang memuji tindakan Hidayah yang menutup wajah arwah Adibah Noor sebagai tanda hormatnya itu.

Abam Adibah Noor Abam Adibah Noor 2 Abam Adibah Noor 3

Allahu, lagu pula mengenai kerinduan seseorang, min orang luar tengok gelagat mereka berdua pun tak tahan rasa sebak.

Baca : Dikecam Lepas Pertikai Kematian Adibah Noor, Lelaki Mohon Maaf & Mengaku Jahil

Dib Ar Rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.