Semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini, kemunculan filem aksi di layar perak menarik perhatian peminat filem tempatan yang dahagakan sesuatu yang baru selain daripada filem bergenre cinta. Demi memenuhi keinginan penonton, buat julung kalinya Astro telah menampilkan siri mini Nusantara premium eksklusif bertajuk DO[S]A yang boleh ditonton bermula 14 Februari lalu.
Menggabungkan pelakon hebat dengan jalan cerita yang menarik, siri mini ini wajib ditonton bagi mereka yang sukakan adegan aksi. Berikut kami senaraikan enam sebab anda perlu tonton mini series DO[S]A:
1. Menampilkan pelakon hebat seperti Dato’ M. Nasir dan Remy Ishak
Sebaik terlihat poster mini series ini, anda pasti terkejut kerana siri ini menggabungkan pelakon-pelakon hebat yang digilai ramai seperti Dato’ M. Nasir, Remy Ishak, Ashraf Sinclair, Tegar Satrya dan Hisyam Hamid. Mutu lakonan kelas A mereka pasti akan mencipta fenomena dan menarik perhatian penonton. Mesti korang tak sabar nak tengok Remy Ishak dan Ashraf Sinclair beraksi!
2. Kolaborasi tiga negara
Dosa yang diterbitkan Astro ini merupakan projek kolaborasi Malaysia dan Indonesia yang juga melibatkan pelakon dari Singapura seperti Hisyam Hamid dan Shenty Feliziana. Penggambaran dilmulakan dari Julai hingga September tahun lalu dengan menggunakan Jakarta dan Kuala Lumpur sebagai lokasi penggambaran.
Difahamkan 90 peratus penggambaran dilakukan di sekitar Jakarta Barat dan Jakarta Timur. Malah selebihnya pula di lakukan di Kuala Lumpur iaitu lokasi seperti Kampung Baru, Putrajaya dan Klang.
3. Dihasilkan oleh penulis skrip dan pengarah yang hebat
Kalau nak tahu kenapa cerita ini menarik, pastilah kerana ia dihasilkan oleh karyawan yang hebat iaitu Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo yang bertindakan sebagai penulis skrip. Malah tidak ramai juga yang tahu, Salman merupakan seorang yang disegani di Indonesia kerana menghasilkan karya pecah panggung seperti Ayat-Ayat Cinta, Laskar Pelangi, Garuda di Dadaku dan Sang Penari.
Selain itu, Dosa juga mendapat sentuhan daripada Pengarah Terbaik Filem Festival Indonesia 2011 iaitu Ifa Isfansyah.
4. Papar genre aksi dengan tema menarik
Dengan slogan, ‘Niat Tidak Menghalalkan Cara’, siri original ini bergenre aksi dan memaparkan tema menarik pada setiap episod seperti Khianat, Tamak, Nafsu, Dengki, Derhaka, Fitnah dan Munafik. Dengar pun dah terasa berdebar kan!
5. Berkisar tentang kisah hubungan keluarga
Dosa mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan empat beradik yang dibesarkan oleh bapa tunggal, Latif (Dato’ M. Nasir) yang menyelitkan unsur-unsur kesederhanaan, pegangan agama yang kuat dan disiplin dalam persilatan. Mereka sekeluarga dikatakan hidup dalam keadaan tersembunyi daripada masyarakat dan sering berlatih silat demi bersiaga dalam menghadapi sesuatu yang tidak diketahui.
Namun konflik kisah ini memuncak apabila adik perempuan mereka, Fara lakonan Shenty Feliziana berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia dan diculik sebaik tiba di Jakarta. Ketiga-tiga orang abangnya harus mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan adik mereka itu.
6. Boleh tonton berulang kali lebih dari 3 hari di Astro First
Tak sabar nak tonton? Caranya mudah saja. Dosa boleh didapati di platform digital, on demand dan Astro Go yang juga serentak tayangannya di televisyen menerusi saluran 480 Astro First di platform NJOI. Telah mula disiarkan pada 14 Februari lalu, anda boleh menonton kesemua lapan episod (satu jam setiap episod) secara berulang kali dalam tempoh 10 hari pembelian yang bernilai RM19.10.
Jom tengok Dosa! Bagi mereka yang sudah menonton, apa pendapat anda mengenai siri mini ini?
Tonton trailer Dosa di sini.
Baca: “Seram wehhhh!” – Netizen Sampai Baca Ayat Kursi Takut Tonton Pengabdi Setan!