in

5 Perbezaan Kanak-kanak Dahulu dan Sekarang Lalui Ketika Membesar

Kanak-kanak dahulu dan sekarang melalui zaman yang berbeza di mana ianya memberi kesan terhadap cara mereka dibesarkan. Jika dahulu, semuanya dilakukan secara tradisional manakala sekarang berbeza sepenuhnya. Dengan bantuan teknologi, kehidupan anak-anak sekarang ketika membesar lebih memudahkan.

Jom kita lihat perbezaan kanak-kanak dahulu dan sekarang lalui ketika membesar:

1. Dodoi VS Buaian Elektronik

Kalau dulu, ketika masih bayi atau kanak-kanak, kita akan diletakkan di dalam buaian dan didodoi sehingga tertidur. Sambil buaian dihayun, ibu pasti akan mendendangkan lagu-lagu atau zikir yang membantu kita untuk tidur dengan lena.

Sumber: Youtube

Tetapi kini, ianya lebih mudah kerana kehidupan kita dikelilingi dengan pelbagai barangan yang semakin canggih dengan teknologi. Senang kata, lebih menyenangkan ibu bapa dan juga menjimatkan masa. Dengan adanya buaian elektronik, ibu bapa sudah tidak perlu mendodoi sehingga lenguh tangan untuk menidurkan anak-anak.

Sumber: Heureka

 

2. Lampin Kain VS Lampin Pakai Buang

Masih ingat kepayahan mak mak kita cuci lampin kain yang kotor untuk digunakan semula? Itulah yang kanak-kanak dahulu gunakan. Kelebihan menggunakan lampin kain adalah kerana rasanya yang lembut dan selesa.

Sumber: Blog

Lambakan lampin pakai buang di pasaran dengan pelbagai ciri-ciri membuatkan ibu bapa lebih memilih untuk memakaikan anak mereka lampin pakai buang berbanding lampin kain. Bukan sekadar menjimatkan masa kerana ianya pakai buang tetapi juga lebih tahan lama dan ringan.

Sumber: MomLovesBest

 

3. Bergaul VS Teknologi

Perkara yang paling menggembirakan kanak-kanak dahulu adalah bermain bersama rakan-rakan di luar rumah. Malah, kebanyakan masa kanak-kanak dahulu dihabiskan dengan berseronok dengan kawan-kawan atau jika ibu bapa ada masa terluang, mereka suka melayan anak-anak bermain masak-masak.

Sumber: Twitter

Namun, kini kebanyakan ibu bapa menggunakan pendekatan berbeza dalam meluangkan masa bersama anak-anak. Selain daripada beriadah bersama-sama di taman permainan, kanak-kanak juga menggunakan teknologi masa kini untuk meluangkan masa bersama ibu bapa sambil belajar.

Mereka menonton rancangan Upin dan Ipin bersama. Tidak cukup dengan itu, ada juga ibu bapa gemar melayan anak bermain Pokemon Go dengan membawa si kecil ke taman untuk menangkap Pokemon. Malah bagi ibu yang suka memasak, mereka akan bermain game Cooking Mama di iPad dengan anak mereka.

Sumber: Shutterstock

 

4. Panjat Pokok VS Skateboard

Seperti kita semua ketahui, kanak-kanak zaman dahulu amat gemar bermain permainan outdoor. Sebagai contoh, main guli, baling selipar, permainan getah dan ada juga yang lebih ekstrem seperti bermain pasir atau panjat pokok. Pendek kata, inilah permainan tradisional yang menjadi kegemaran ramai.


Sumber: Daily Mail & Alamy

Meskipun zaman berubah, kelincahan kanak-kanak zaman dulu dengan sekarang masih tidak berubah. Mereka masih menyukai permainan yang ekstrem seperti skateboarding, lumba basikal BMX, indoor rock climbing dan melompat trampolin di pusat aktiviti ekstrem. Kan best keluarkan peluh dengan aktiviti menarik ni!


Sumber: austinchronicle

 

5. Televisyen VS Televisyen

Sebenarnya apa sekalipun cara ibu bapa menenangkan anak-anak, yang pastinya kanak-kanak memang suka menonton televisyen. Dulu atau sekarang, sama saja kerana mereka suka meluangkan masa di depan televisyen untuk menonton rancangan kartun kegemaran dan belajar dengan rancangan berunsur pendidikan. Betul tak?

Dulu, kanak-kanak perlu mengikuti intisari rancangan yang ditetapkan. Namun kini zaman sudah berubah. Dengan adanya on demand, kanak-kanak boleh menonton rancangan berunsur pendidikan seperti Pinkfong bila-bila masa!

Sumber: TrackmyFone

Malah ia tidak menjadi masalah dengan mendedahkan mereka dengan rancangan seperti itu kerana Pinkfong mempertontonkan rancangan berunsur pendidikan yang merangsang minda anak kecil. Yeay! 

Anak anda merupakan seorang peminat setia Pinkfong?! Gembirakan hati mereka dengan peluang bercakap dengan the one and only Pinkfong! Betul, memang Pinkfong yang bercakap dengan anak anda!

“Pinkfong sedang menghubungi anda, tekan di sini untuk menjawab panggilan PERCUMA ini!

Bukan itu sahaja, Pinkfong juga menjanjikan lebih 350 buah lagu menarik untuk anak-anak anda dengari di On Demand. Bukan sekadar menghiburkan, rancangan mesra kanak-kanak yang ditayangkan juga sudah dipilih agar ianya baik untuk perkembangan otak anak kecil. Tambahan pula, menonton TV sangat membantu kanak-kanak dalam kemahiran bertutur!

Ini cara untuk anda beri anak-anak dengar lagu-lagu menghiburkan daripada Pinkfong:

Sambungkan dekoder Astro anda dengan WiFi untuk mendapat akses On Demand dan dapatkan sneak peek lagu-lagu Pinkfong, ATAU anda boleh membayar RM7 untuk pas on demand Pinkfong eksklusif bagi mendapat akses kepada kesemua 350 lagu!

Ketahui lebih lanjut tentang pakej menarik dari Pinkfong di sini, dan jangan lupa hubungi Pinkfong tau!