Selama ini kita hanya dengar dan berkunjung di tempat-tempat ini, kalau kita teliti betul-betul zaman dahulu kala nama sesuatu tempat itu akan diberikan berdasarkan satu peristiwa atau kejadian atau simbolik yang ada di kawasan itu.
Namun, mungkin ramai yang tak tahu bahawa ayat yang terkandung dalam nama tempat itu ada maksudnya, min sendiri tahu lepas baca perkongsian daripada TikTok @5fakta_ ini.
1. Bagan
Bagan membawa maksud pengkalan atau jeti. Bagan ini sebenarnya adalah nama lama untuk Butterworth. Contoh-contoh nama tampat lain yang menggunakan istilah Bagan adalah Bagan Ajam, Bagan Dalam, Bagan Belat, Pulau Pinang.
Di Perak, ada Bagan Datoh, Bagan Serai, Bagan Tiang manakala di Selangor adalah Bagan Lalang, Bagan Makhoda Omar.
2. Kelian
Kelian adalah Lombong dan di Perak, nama Kamunting dan Taiping pada asalnya adalah Kelian Baru dan Kelian Pauh, malah terdapat juga nama kawasan Kelian Intan.
@5fakta_ #TikTokGuru #LearnOnTikTok #fyp #JomBelajar #TahukahAnda #edutok #foryou #foryoupage #malaysiaviral #malaysia #tiktokmalaysia #faktamalaysia #fypmalaysia
3. Changkat
Changkat membawa maksud tanah tinggi atau bukit kecil. Contoh tempat yang paling kita kenal adalah di KL iaitu Changkat Duta dan Changkat Persekutuan.
Selain itu, di Perak juga ada menggunakan nama Changkat iaitu Changkat Jong dan Changkat Jering. Begitu juga dengan Pulau Pinang dan Perlis iaitu Changkat Dumbar dan Changkat Jawi.
4. Batang
Umumnya, kita tahu bahawa batang itu adalah kayu atau objek keras panjang, tetapi dalam bahasa lama, Batang itu adalah Sungai, sebab itu lah ada Batang Kali, Selangor, Batang Melaka, Melaka dan Batang Benar, Negeri Sembilan.
Bahkan, kebanyakan sungai di Sarawak menggunakan istilah Batang untuk sungai.
5. Guar
Ia bermaksud bukit/dataran tinggi. Antara tempat-tempat yang menggunakan istilah ini adalah di Kedah, Guar Chempedak, Guar Kepayang, Guar Napai. Di Perlis, Guar Nangka dan Guar Sanji manakala di Pulau Pinang ada Guar Perahu.
Baca : “Sejarah Tercipta” – Pegawai Kanan TLDM Jadi Wanita Malaysia Pertama ‘Graduate’ Dari Akademi Laut AS