in

“Sejarah Tercipta” – Pegawai Kanan TLDM Jadi Wanita Malaysia Pertama ‘Graduate’ Dari Akademi Laut AS

Wanita Pertama Graduate Akademi Laut As

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) merupakan  akademi perkhidmatan persekutuan di Annapolis, Maryland yang kedua tertua daripada lima akademi perkhidmatan Amerika Syarikat (AS)



Difahamkan, bagi setiap 100 pemohon ke akademi tersebut, hanya 9 diterima masuk dan ini bermakna institusi tersebut sangat selektif.

286250348 347451347511784 3088050888899648977 N 1

Pegawai Kadet Kanan (PKK), Janushaa Bala Krishnan Muthiah telah mengukir sejarah dengan menjadi wanita Malaysia pertama yang lulus dari USNA di mana dia menghabiskan empat tahun belajar dan berlatih menjadi pegawai tentera profesional.

Untitled Design 2022 06 13T104514.236

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Facebook menulis, kejayaan anak jati Kuala Lipis itu menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di salah sebuah pusat latihan ketenteraan terbaik dunia membuktikan kemampuan wanita muda Malaysia bersaing dalam bidang yang didominasi oleh lelaki.

“Tentera Laut Diraja Malaysia akan terus memberi sokongan di dalam kesaksamaan jantina dan bangsa untuk peluang-peluang seperti ini.

Semoga kejayaan PKK Janusha akan menarik lebih ramai anak muda terutama dari golongan wanita untuk menjadikan kerjaya ATM amnya dan TLDM khasnya sebagai satu cabang kerjaya yang boleh dijadikan pilihan di masa hadapan.” tulisnya. 

Selain Janushaa, seorang lagi kadet Malaysia Putra Nadeem Damanhuri Ahmad Damanhuri juga lulusan Akademi Tentera Udara AS (USAFA).

285053371 386999153467146 2267435055747604776 N

Pengijazahan kelas 2022 telah dirasmikan oleh Presiden AS Joe Biden dan dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Tentera Laut AS serta duta dan penasihat pertahanan dari pelbagai negara.

Tahniah! Semoga Jalur Gemilang berkibar lebih tinggi!

Baca: “Sangkut sini dulu” – [VIDEO] Kaki Basah Pijak Atas Kotak Salah Satu Tapisan Tentera Darat Ramai Tak Tahu

Untitled Design 2022 06 13T110700.240

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.